AdSense

Thursday, September 13, 2012

Isu Nasha : Kekuatan Hasan Ali selepas dipecat


Dato Dr Hasan Ali yang dipecat kerana mempertahankan Hadi Awang dan tidak menyokong Anwar Ibrahim, menjadi satu bahan kajian oleh pakatan rakyat, PKR terutamanya.

Pegawai-pegawai di bawah naungan Strategi PKR melalui Pengarah Strateginya, cuba mengelakkan perkara2 yang mendatangkan bencana buat parti itu.

Kajiselidik yang dipraktikkan ketika ini adalah berpandukan kes Exco Negeri Selangor yang dipecat, Hasan Ali. Populariti Hasan Ali selepas dipecat dengan jelas menunjukan peningkatan serta mengundang rasa tidak senang kepimpinan tertinggi baik dari parti PAS mahupun Pakatan Rakyat.

Oleh yang demikian, isu Nasharudin Mat Isa juga dilihat sebagai isu utama bagi memastikan populariti Pakatan Rakyat tidak terjejas. Lantas, Pakatan Rakyat dengan segera mengelak kes Hasan Ali berulang kembali.

SEMALAM,
Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak campurtangan perbalahan antara Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Nasharudin Mat Isa dengan Karpal Sigh.

Walauapapun, gerakan Anwarinas dalam PAS sudah pasti tidak akan berdiam diri. Gerakan ini sentiasa akan pastikan PAS terus menjadi syaitan bisu.

No comments:

Post a Comment