Kelantan yang ditadbir PAS sejak 20 tahun lalu mengumpul banyak masalah yang disuarakan oleh golongan muda.
Rata-rata golongan muda Kelantan mendesak agar kerajaan negeri menyediakan prasarana yang lengkap untuk kemudahan rakyat negeri itu.
Di Kuala Lumpur dan kota-kota besar yang lain dilihat ramai peniaga yang berjaya berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Kenapa mereka tidak berjaya di Kelantan?
Bagi Muslim yang mengikut ajaran dan hukum Allah S.W.T, sesungguhnya Allah mencipta dunia adalah untuk dinikmati setiap manusia tanpa mengabaikan akhirat. Allah juga menyukai orang yang berjaya.
Di Kelantan, politik yang dimainkan oleh Nik Aziz amatlah jelek dan terlalu mundur.
Sehinggakan rakan sebantalnya Karpal Sigh mengeluarkan kenyataan "PAS ketinggalan Zaman" semalam.
Kini, kerajaan persekutuan sentiasa bertungkus lumus bagi memastikan semua rakyatnya hidup dalam keadaan selesa walaupun di Kelantan.
Hal ehwal yang patut diurus oleh PAS Kelantan nampak tidak diurus dengan baik selama 20 tahun.
Perkara ini begitu mengecewakan orang Kelantan sendiri.
Untuk isu petroleum, petikan ini diambil dari sumber :
Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata adalah wajar isu tuntutan bayaran tunai itu diserahkan kepada jawatankuasa khas itu kerana ia dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.
"Kita serahkan kepada jawatankuasa khas ini kerana mereka pakar undang-undang berdasarkan terma rujukan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri dalam kenyataannya semalam, mereka tidak berpihak kepada mana-mana maka kita tunggu hasil daripada jawatankuasa ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mustapa berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam, mengenai penubuhan Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur.
Najib berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.
Jawatankuasa Khas itu akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata jawatankuasa khas itu juga akan mengambil kira pandangan daripada rakyat Kelantan kerana wakil dari negeri ini yang diperkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V akan menganggotai jawatankuasa tersebut.
"Kita berpandangan kita perlu serahkan isu tersebut kepada pakar-pakar yang menganggotai jawatankuasa tersebut, kita harap tidak ada pihak yang beremosi, dipolitikkan, kerana seperti yang ditekankan Perdana Menteri jawatankuasa ini akan bertindak secara adil dan telus," katanya.
Beliau berkata jawatankuasa khas tersebut juga akan mengkaji adakah wajar pemberian wang ehsan kepada Kelantan diteruskan, dimana sejak tiga tahun lalu sebanyak RM61.8 juta disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) untuk membantu rakyat negeri ini termasuk kepada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.
Mengenai lawatan Perdana Menteri ke negeri ini petang ini, Mustapa berkata lawatan Najib itu akan meningkatkan semangat kepada BN Kelantan dalam membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini kira-kira pukul 4.25 petang, Najib akan mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin BN Kelantan dan kemudiannya beliau akan menghadiri program penyampaian bantuan kepada Penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Berbuka Puasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Perdana di Bachok.
Perdana Menteri akan menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama penduduk di Masjid Naim, Jelawat, Bachok dan sebelum berlepas pulang, beliau akan ke Yayasan Kemiskinan Kelantan di Melor untuk bersama penduduk. BERNAMA
No comments:
Post a Comment