AdSense

Monday, August 6, 2012

MURTAD : Konspirasi UMNO, DAP berdiam diri, PKR bersembunyi, PAS tuding jari.

 "Jadi kita minta mereka (Majlis Agama Islam Pulau Pinang) menjalankan tugas dan tanggungjawab...untuk hal seperti ini, ianya tidak boleh dibiarkan berlaku begitu sahaja," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan skim biasiswa insentif khas pelajar cemerlang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) ke luar negara, di sini.
Khamis lepas, sebuah akhbar melaporkan cubaan dua lelaki Eropah yang dikatakan menyampaikan ajaran agama mereka kepada orang ramai di sekitar Pulau Pinang ketika umat Islam bersiap sedia untuk berbuka puasa.
Terdahulu dalam ucapan di majlis tersebut, Jamil Khir yang juga pengerusi Maiwp berkata pihak majlis itu memperuntukkan RM9.04 juta bagi membiayai pengajian 30 orang pelajar jurusan perubatan dan lapan dalam jurusan pengajian agama di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Beliau berkata bagi setiap pelajar perubatan, jumlah keseluruhan yang ditaja ialah RM283,200 iaitu RM47,200 bagi setiap tahun selama enam tahun, manakala bagi pelajar pengajian Islam RM17,000 setahun selama empat tahun.
Jamil Khir menasihati kira-kira 11,000 pelajar di pelbagai institusi pendidikan tinggi di Mesir termasuk pelajar penerima hari ini supaya tidak melibatkan diri dengan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan pengajian mereka.
 "Kita harap mereka pandai menjaga diri dan mengambil langkah ke arah mencari ilmu. Dibimbangkan nanti ada yang terpaksa menangguh dan mengulang pelajaran, ada yang berbelas-belas tahun (belajar) tetapi masih belum tamat," katanya.- Sumber

No comments:

Post a Comment