AdSense

Sunday, August 26, 2012

SERATUS RIBU orang sambut Najib!



PEKAN 26 Ogos - Rakyat hari ini diingatkan agar tidak meletakkan kepercayaan kepada pihak lain yang cuba untuk tonjolkan diri sebagai pihak yang lebih baik dari kerajaan sedia ada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memimpin negara selama 55 tahun dan telah membawa banyak perubahan serta  pembangunan kepada negara ini.

"Kita tidak boleh letakkan kepercayaan kepada pihak yang cuba untuk tonjolkan diri sebagai pilihan alternatif yang lebih baik dari kita (BN). "Oleh itu, kita tidak perlukan perubahan (tukar kerajaan) yang belum pasti menjamin kesejahteraan dan keamanan kepada negara," katanya ketika berucap di Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah adalah di antara lebih 100,000 tetamu yang menghadiri majlis rumah terbuka Perdana Menteri itu.  Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan kepimpinan negeri.
SUMBER : KLPOS


No comments:

Post a Comment