Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata undang-undang anti lompat parti yang dicadang di negeri itu bukan mahu menyekat kebebasan berpersatuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sebaliknya, ia lebih kepada menghalang wakil rakyat dari mengkhianati amanah masyarakat awam yang telah memberi kepercayaan kepada mereka.
"Cadangan pindaan perlembagaan negeri untuk meluluskan undang-undang anti-katak ini bukan perihal kebebasan berpersatuan tetapi perihal pengkhianatan amanah awam serta pengkhianatan prinsip-prinsip asas demokrasi perwakilan dan kebertanggungjawaban," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Harakah Daily
Lim Guan Eng takut pada bayang-bayang sendiri?
Tolak demokrasi?
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Penubuhan Undang-Undang Lompat Parti dilihat bertentangan dengan prinsip kebebasan dan amalam demokrasi yang diamalkan di Negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata setiap warganegara Malaysia berhak membuat sebarang pilihan untuk memilih mana-mana organisasi dalam manyahut seruan kebebasan berpesatuan yang dijamin dalam perlembagaan persekutuan.
"Jadi, selagi kita tidak membuat pindaan pada perlembagaan, saya tidak melihat apa-apa perkembangan mengenai rang undang-undang anti-lompat parti. Perkara sama juga telah diputuskan sebelum ini di Sabah. Inilah apa yang saya tidak faham tentang DAP. Anda mempunyai ahli parlimen yang bercakap tentang kebebasan dan hak asasi manusia yang dijamin oleh perlembagaan.
"Pada masa yang sama, mereka mahu melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang telah dijamin.
"Tidak seperti mereka, BN bijak dan pintar. Kami tidak menerima mereka dalam parti kami (sepanjang tempoh ini). Jika anda adalah parti dengan prinsip, anda tidak akan mengambil pihak lain sebagai ahli. Anda perlu menghormati keputusan yang dibuat rakyat. Dalam kes kami, kami tidak mengambil mereka. Mereka boleh kekal bebas. Tetapi ahli politik dan ahli Parlimen di Pakatan Rakyat tidak tahu apa yang mereka lakukan. Mereka adalah contoh yang tidak baik," katanya seperti dipetik sebagai berkata oleh akbar harian berbahasa Inggeris, New Strait Times hari ini.
DAP sebelum ini menerusi kenyataan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng mencadangkan parlimen mengusulkan kelulusan dalam menubuhkan Akta Lompat Parti bagi memberi jaminan dan kawalan mana-mana Ahli Parlimen yang bertindak menukar platform parti politik. - KLPOS
No comments:
Post a Comment