KUALA LUMPUR 28 Ogos - Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini mengisytiharkan dividen interim sebanyak 5.5 sen seunit dengan semua peneroka akan menerima RM400 seorang selepas dua bulan disenaraikan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan berita baik itu dan berkata dividen tersebut berasaskan pegangan 800 unit saham yang dimiliki setiap peneroka serta keuntungan daripada dana amanah peneroka
"Keputusan pembiayaan tersebut dibuat selepas penyenaraian kerana Felda mendapat dana yang besar daripada penyenaraian itu," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Felda di Bangunan Felda Platinum di sini.
Pengumuman ini sekaligus menangkis tohmahan pembangkang yang menyatakan peneroka Felda akan kerugian berikutan penyenaraian tersebut.
FGV disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 28 Jun lepas. Pembayaran dividen ini adalah tambahan buat kira-kira 103,000 peneroka yang menerima durian runtuh RM15,000 kepada setiap peneroka Felda seluruh negara.
Najib yang juga merangkap Menteri Kewangan turut mengulas mengenai prestasi FGV, dengan mengatakan bahawa prestasi FGV berada pada landasan yang betul.
"Sudah tentu ia bergantung kepada harga minyak sawit tetapi masih mengikut sasaran. Keuntungan yang dijangkakan Insya Allah akan boleh dicapai," katanya.
Sebelum ini Najib berkata FGV dijangka mencatat keuntungan sebanyak RM1.5 bilion pada tahun hadapan.
Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata Felda memperuntukkan RM360.7 juta untuk membiayai sepenuhnya 800 unit saham yang diberi kepada setiap peneroka.
"Peneroka hanya perlu membayar RM50 sebulan dan dividen dimiliki sepenuhnya oleh peneroka.
Najib berkata ini bertujuan meringankan beban peneroka Felda.
"Peneroka bukan sahaja akan mendapat satu tapi dua dividen iaitu daripada saham FGV dan penabungan dana amanah sebanyak 20 peratus," katanya.
Najib berkata dalam masa dua bulan penyenaraian, sebanyak RM5.99 bilion telah dikreditkan ke dalam dana Felda.
"Dan jika termasuk dengan FGV, ia mencapai sebanyak RM10.5 bilion," kata beliau.
Sementara itu, Najib turut mengumumkan durian runtuh sebanyak RM5,000 yang dijanjikan kepada anak-anak Felda, akan dibayar pada Oktober depan. SUMBER
No comments:
Post a Comment