Wednesday, August 8, 2012

Damn Shit !!! Murtad di Bulan Ramadan apa tindakan PAS ?


PAS digelar Parti Islam SeMalaysia, sebuah parti yang kononnya memperjuangkan agama Islam yakni agama Allah S.W.T.



Sebelum ini PAS membuat keputusan drastik dengan bersekongkol bersama PKR dan DAP.
Sejak 4 tahun bersama Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Selangor, gejala Islam dan Melayu murtad semakin menjadi-jadi di negeri itu.
Ketika era pemerintahan Barisan Nasional, tidak kedengaran pula masalah seperti ini!

Hal ini adalah sebuah episod drama realiti atau kisah benar dengan menyaksikan kepimpinan tertinggi PAS kelihatan lepas tangan dan tidak memandang serius akan hal ini walhal sebagai ahli dalam Pakatan Rakyat, PAS seharusnya bersuara bagi pihak umat Islam, sesuai dengan nama parti yang diperjuangkan.

 Tetapi, apa yang diharapkan rakyat muslim terutamanya, hampa belaka.
Sehinggakan membawa perpecahan dikalangan kepimpinan parti sendiri.

Hasan Ali, individu yang masih memperjuangkan agama Allah dengan mengenepikan kuasa politik dan kuasa.

Soalan mudah : KENAPA HASAN ALI DIPECAT ?
 Bekas Exco Selangor dan Hal Ehwal Agama Negeri itu kini berjuang seorang diri semata-mata mahu menjaga akidah umat Muhammad S.A.W.

Walaubagimanapun perjuangan Hasan Ali disambut oleh pertubuhan JATI, PERKASA dan NGO-NGO Islam lain.

Petikan media :
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah umat Islam di negeri itu perlu berhari-hati, dan jangan cepat terpengaruh dengan ajakan atau seruan pihak tertentu yang pada mulanya kelihatan begitu baik dan ikhlas untuk membantu, tetapi hakikatnya ada agenda tersembunyi.

 
"Mereka ini akan sentiasa cuba mempengaruhi umat Islam dari setiap sudut agar terpesong dan taksub serta mempercayai ajaran atau ideologi yang mereka bawa yang akhirnya boleh menyesatkan umat Islam," titah baginda.

Persoalan yang bermain dibenak setiap rakyat Selangor adalah, kenapa gejala murtad semakin berleluasa hari ini?


Kenapa kepimpinan PAS berdiam diri dan memandang remeh hal ini?

Rakyat tidak mahu PAS hanya pandai mengadakan sidang media dan mengatakan mereka akan selesaikan masalah tersebut. Kata-kata air liur bukan lah yang diminta tetapi apa yag diharapkan adalah TINDAKAN!

Kepimpinan PAS perlu sedar, perjuangan yang diterajui oleh pro-Anwar itu tidak membawa sebarang kebaikan. Ia tidak ubah seperti kewujudan parti Keadilan Rakyat PKR part 2.

Hanya dua (2) parti Melayu sahaja yang ada di negara ini, UMNO dan PAS.
Jika PAS masih belum mampu mengikis sifat ego dalam diri, nescaya hanya sebuah parti yang digelar 'tua' UMNO sahaja yang akan bertungkus lumus dalam membela umat Islam di Malaysia.

No comments:

Post a Comment