Ketua Umum Pakatan Rakayat Anwar Ibrahim selalu bercakap soal korupsi, kepimpinan intergriti dan hal-hal yang positif.
Setiap kali bersama orang ramai, Anwar tidak berputus asa dengan menawarkan pelbagai janji menjelang pilihanraya.
Suara Lensa tiada niat mahu menulis berkenaan janji yang tidak ditepati oleh Pakatan Rakayat kerana terlalu banyak janji kosong mereka.
Apa yang cuba diketengahkan adalah mengenai rasuah dan undang-undang.
Rafizi, seorang anak buah Anwar Ibrahim dalam PKR yang menyandang jawatan Pengarah Strategi itu kini didakwa atas kesalahan melanggar undang-undang Bankin And Financial Institution Act 1989 (BAFIA)
Bagi pengikut taksub dalam Pakatan Rakayat, mereka langsung tidak memandang Rafizi sebagai pesalah bahkan menganggapnya hero.
Kononnya apa yang didedahkan itu sebagai satu pembongkaran besar yang berjaya mereka perolehi.
Tetapi Rafizi terlalu ghairah sehingga terlupa akan fitnah yang cuba dicanangkan kepada orang ramai itu memakan diri sendiri.
Inilah yang sering disebut Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Nordin.
Zulkifli acap kali menegaskan bahawa Pakatan Rakayat dibawah kuasa veto Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang akan memainkan sentimen persepsi kepada orang ramai.
Menjelang pilihanraya ini, nescaya akan wujud pelbagai persepsi buruk terhadapa kepimpinan Barisan Nasional.
Tidak hairanlah jika segala fitnah terhadap Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor kini bertebaran merata-rata.
Antara persepsi popular yang dimainkan PR adalah seperti ;
Penglibatan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya. Walhal ianya ternyata adalah sebaran fitnah semata-mata.
Rosmah Mansor juga sering dijadikan bahan fitnah dan persepsi buruk cuba diwujudkan. Ini adalah kerana kepimpinan Pakatan Rakayat sedar, Barisan Nasional dan UMNO kini disenangi rakyat dan sentiasa membela rakyat dalam pelbagai aspek dan sudut, sesuai dengan transformasi yang dibawa, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Anwar Ibrahim, sebelum beliau bercakap mengenai rasuah, beliau seharusnya melihat cermin terlebih dahulu.
Kes RM3 bilion yang lesap masih menjadi misteri.
Rekod-rekodnya dibank-bank dalam negara dan luarnegara juga, masih menjadi tanda tanya.
Dan bagaimana sebuah bank mampu memberi seorang individu satu dokumen korporat juga perlu dipandang serius oleh Bank Negara.
Bukan soal penyelewangan sahaja kita perlu titik beratkan, bahkan soal ketelusan juga.
Undang-undang tetaplah ia sebagai undang-undang.
Rafizi katakan ia sebagai penyelewangan sedangkan hal itu belum diputuskan lagi apakah ia benar atau tidak.
Rafizi didakwa atas akta BAFIA, bagaimanapula halnya dengan bank yang berkenaan?
Bekas Pengerusi EON Bank Bhd, Datuk Gooi Hoe Soon menegaskan bahawa penguatkuasaan Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) di negara ini antara yang terbaik di dunia.
No comments:
Post a Comment