Pihak Polis Trafik PDRM baru sahaja mengeluarkan surat saman kepada Suara Lensa kerana memandu melebihi had laju.
Walhal lebihan had laju itu hanyalah 36km/j !!!
Tetapi sebagai warganegara yang sentiasa positif dan menerima serta mengaku kesalahan diri sendiri itu, Suara Lensa akan langsaikan juga saman berjumlah RM150-RM300 mengikut tempoh bayaran yang ditetapkan.
Tak ada masa nak buat demostrasi jalanan...
Apa yang cuba Suara Lensa ketengahkan di sini adalah mengenai undang-undang.
Tanpa undang-undang, sesebuah negara pasti kucar-kacir.
Undang-undang tetap Undang-Undang.
Tiada siapa mampu melanggar undang-undang walaupun dikenali "orang besar" bagi pihak Israel sekalipun.
Banking And Financial Institution Act atau BAFIA adalah satu akta bagi melindungi hak individu yang menggunakan perkhidmatan perbankan.
BAFIA pindaan 1989 mengandungi sehingga 130 section.
Apa yang jelas, section 96 dan section 97 yang lain ada menyebut mengenai larangan terhadap sesiapa sahaja bagi mendedahkan maklumat peribadi kepada umum kecuali atas arahan mahkamah.
Dan sekiranya larangan ini diendahkan, penjara 3 tahun DAN RM3 juta dikenakan sebagai denda.
Undang-undang tetap undang.
Mari kita lihat reaksi orang ramai berhubung perkara ini dan anda sebagai pengguna, perlu memandang serius akan hal ini!
No comments:
Post a Comment