Wednesday, July 11, 2012

ROSMAH MANSOR tak habis-habis buat HAL !!!



Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak kelihatan tak habis-habis buat hal!
Inilah yang mendatangkan kemarahan kepada pakatan pembangkang!
Puak-puak pakatan pembangkang begitu iri hati dengan sikap bini Perdana Menteri itu.
Iri hati sebab Rosmah begitu prihatin kepada rakyat Malaysia!
Pakatan pembangkang pening kepala lagi, lagi dan lagi....

Pihak Permata dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang dalam proses merangka pelan peralihan bagi membolehkan Kursus Permata dan Kurikulum Permata diguna pakai oleh semua taska swasta di seluruh negara.

Rosmah yang juga Penaung Permata Negara berkata, semasa dalam tempoh peralihan, pihak Permata akan menganjurkan kursus-kursus melatih para pelatih bagi membolehkan tenaga pengajar swasta melaksanakan Kursus Permata untuk pendidik mereka.

"Di samping itu, pihak Permata juga akan menganjurkan kursus ulang kaji mengenai Permata kepada tenaga pendidik yang sedia ada agar dapat memakai Kurikulum Permata," katanya ketika berucap merasmikan Pusat Anak Permata Negara Kerinchi di PPR Kerinchi di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Salleh Yusop serta Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Hassan.

Menurut Rosmah sehingga kini, pemakaian Kurikulum Permata hanya melibatkan Taska di bawah kelolaan kerajaan di seluruh negara sahaja yang dijadikan sebagai garis panduan Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan sejak 2009.

Mengenai Pusat Anak Permata Negara Kerichi, Rosmah berkata walaupun dibina bahagian bawah rumah pangsa, namun ia mempunyai ciri binaan yang sesuai, selamat dan menyeronokkan untuk kanak-kanak.

"Walaupun terdapat kekangan keluasan tanah, namun pusat ini masih mempunyai kawasan untuk aktiviti pembelajaran luar yang sememangnya penting bagi perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Beliau berharap lebih banyak pusat seperti itu dapat dibuka di kawasan rumah pangsa untuk manfaat anak-anak sebagai permulaan kepada kehidupan yang lebih baik.

Rosmah berkata penubuhan pusat berkenaan agak unik kerana ia diwujudkan atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri semasa lawatan turun padang beliau ke Lembah Pantai pada akhir Januari lalu.

"Penubuhan pusat ini adalah sebahagian daripada janji Perdana Menteri yang telah ditepati untuk menyediakan sebuah pusat asuhan dan didikan kanak-kanak yang berkualiti kepada kanak-kanak di kawasan Kerinchi," katanya.

Sumber

1 comment:

  1. 1Malaysia semua...

    Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

    Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

    Kalau berminat, sila layari :

    (Versi English)
    http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


    (Versi Melayu)
    http://PelaburanHartanah.blog.com


    ( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


    Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

    Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

    ReplyDelete