AdSense

Wednesday, July 11, 2012

UNISEL dipolitikkan!!!


 Mempolitikkan Unisel
Inilah dosa paling besar Abdul Khalid apabila mempolitikkan Unisel sehingga menyebabkan universiti yang ditubuhkan pada 1999 untuk melahirkan modal insan di kalangan generasi muda di negeri ini bakal menjadi gajah putih. Pelantikan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, Ahli Parlimen Merbok dari PKR, Datuk Rashid Din dan Ahli Parlimen Hulu Langat dari Pas, Che Rosli Che Mat adalah bukti penguasaan orang politik dalam Lembaga Pengarah Unisel. Selain itu, salah seorang Timbalan Naib Canselor juga merupakan aktiviti politik yang aktif dan pernah dilantik sebagai Jawatankuasa Pas Selangor.

Tekanan politik juga menyebabkan bekas Naib Canselor, Datuk Dr Rosti Saruwono dan dua ahli Lembaga Pengarah, Datuk Adnan Alias dan Datuk Dr Mohammed Ariffin Aton meletak jawatan. Penglibatan ahli politik dalam pengurusan Unisel tidak akan membawa apa-apa manfaat terhadap usaha membangunkan universiti itu sebagai pusat pengajian tinggi utama di Selangor.

Sebaliknya, akan mencetuskan pertikaian dari aspek profesionalisme terutama dalam menentukan keputusan yang sudah tentu ada campur tangan politik kepartian.

Selanjutnya

No comments:

Post a Comment