AdSense

Wednesday, May 9, 2012

Jom TIBAI ! Bos sama timbalannya

Ketam ajar anak muda berjalan lurus?
Memang tak la der...
Bengkok senget jugak jadi nye...

Kalau Bos pun sudah busuk, orang kanan kesayanganya juga pun busuk...
takkan pengikut pencacai nya juga nak jadi busuk sama ketua ketua mereka yang sudah sedia busuk ni?

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan, beliau tidak pernah menderhaka kepada ibunya dan pada masa yang sama meminta Umno supaya tidak mengheret keluarganya, khususnya ibu beliau ke dalam kancah politik.



Dalam kenyataan dikeluarkan awal pagi ini, Azmin juga berkata, institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan menerusi media.

Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya. "Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan ALLAH SWT dan mendapat rahmat-Nya serta beroleh kesihatan yang baik," kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Sehubungan itu, Azmin meminta media supaya tidak mengganggu ibu beliau dan Umno "janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik Umno yang kotor dan jijik." "Saya tetap sayang dan hormat ibu saya. Saya juga bersyukur dianugerahkan isteri, Shida yang taat dan setia serta anak-anak yang memahami citra perjuangan yang murni ini.

"Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk melawan budaya politik jelik yang disuburkan oleh Umno dan media yang ditunggangi mereka," katanya lagi.

Dalam kenyataan hari ini, Azmin juga berkata, beliau tidak akan tunduk menyerah kepada tekanan fitnah Umno. Sebaliknya katanya, beliau akan tumpu kepada usaha dan kerja-kerja parti selaku Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat PKR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangkakan bulan depan. Dalam tempoh seminggu ini, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berhadapan dengan laporan beberapa media berkenaan isu klip video seks, si lelakinya didakwa mirip beliau dan wawancara ibunya Che Tom Yahaya dengan beberapa akhbar utama dan stesen televisyen serta blog, yang antara lain berkata, beliau sudah sembilan bulan tidak melawatnya dan pintu rumah belum tertutup buat Timbalan Presiden PKR. Menerusi kenyataan ringkas semalam, Azmin menyifatkan perkembangan-perkembangan itu menunjukkan PRU13 sudah semakin dekat.

Sumber : http://usezworkshop.blogspot

TANGISAN IBU JUGA DI KATAKAN KONSPIRASI UMNO?
KELUKAAN IBU INI JUGA DISAMAKAN DENGAN PILIHANRAYA?


No comments:

Post a Comment