AdSense
Wednesday, March 28, 2012
SAH!!! Rafidah Aziz 'comeback'
Semua orang sudah tahu Rafidah ada membuat kenyataan yang pedas antaranya mahu Shahrizat berundur dari menerajui Wanita UMNO kerana isu yang melibatkan suaminya itu.
Makanya beliau berdepan dengan banyak soalan hadirin sepanjang lebih sejam setengah dailog berkenaan berlangsung.
Rafidah tetap dengan stail lamanya...cakap tegak. straightfoward macam peluru mesingan.
Salah satu soalannya tentulah apakah beliau bercadang untuk membuat comeback memimpin Wanita UMNO?
Cakap-cakap mengenai isu ini sudah pun berlegar.
Malah ketika menjawab soalan ini beliau mengakui ada menerima beberapa SMS yang mempersoalkan nawaitunya mengkritik Shahrizat.
Yang pasti Wanita UMNO tidak perlu merasa ragu pada kemungkinan beliau ada menyimpan hajat untuk masuk gelanggang semula.
"Tidak...tak ada niat..tak ada minat," - itu kata-kata tegas Rafidah menolak dakwaan beliau hendak buat comeback.
Lantas beliau kesal teguran yang dibuat berdasarkan maklum balas dari akar umbi telah disalahtafsirkan, malah ada yang kutuk dan dilabelnya sebagai orang tua tak sedarkan diri.
“Daripada awal saya kata kat Shahrizat, kalau dia fikirkan bahawa dia membebankan parti dan kerajaan, ambillah keputusan supaya parti kita dapat terlepas daripada penjejasan ini.
“Mungkin dia tak nak lepaskan kerana dia anggap ia tak menjejaskan. Itu terpulang kepada orang ramai yang tahu dia untuk memaklumkan. Kalau saya bercakap, lain pandangannya.
Rafidah turut diminta pendapat mengenai tindakan Naib Ketua Wanita, Datuk Kamilia Ibrahim yang turut mendesak Shahrizat meletak jawatan.
“Siapa nak komen, komenlah. Ini negara demokrasi. Saya setuju. Janganlah apabila kita nak komen lain sikit arah alirannya kita pula dikecam. Saya lebih suka bercakap dari hati walaupun benda itu pahit.Ubat biasanya pahit. Racun yang manis,” katanya.Agenda Daily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment