AdSense

Thursday, February 23, 2012

Khalid RAJA PASIR bisu

 Agaknya Selcat dah lupa beberapa perkara. Pertama Selcat harus menjemput 9 orang kakitangan yang dipecat kerana merekalah first level yang patut dipanggil kerana dipecat selepas mengadu berlakunya penyelewengan di dalam KSSB. Betul kata Suhaimie Kota Raja bahawa mereka dipecat atas alasan disiplin tetapi itu semua hanya satu strategi untuk membuatkan mereka terkeluar daripada KSSB.

Kedua adalah krebiliti SELCAT itu sendiri, Hasan Ali ketika menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor pernah mempertikaikan kreabiliti SELCAT. Klik

Ketiga apakah yang mampu dibuat oleh SELCAT sekiranya terbukti ada penyelewengan berlaku? Selcat ini wujud hanya untuk menjaga kepentingan kerajaan negeri Selangor dan juga mencari kesilapan orang lain. Natijahnya mereka sendiri tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman terhadap sebarang dakwaan.

Keempat adalah Khalid Gagap masih belum menjawap apa bentuk tindakan yang akan diambil oleh beliau andai terbukti wujud penyelewengan di dalam KSSB. Noh Omar memberi 3 tindakan yang perlu diambil.Pertama MB akan letak jawatan, Keduanya memecat Exco dan Adun yang terlibat dan ketiga membubarkan dun Selangor.

Aku yakin Noh Omar tidak takut untuk memberi kenyataan tetapi apa yang penting adalah kreabiliti badan induk tersebut untuk menjatuhkan hukuman. Noh Omar mahu Selcat diteruskan bukan bermakna dia mengakui kreabiliti Selcat tetapi mahu supaya rakyat tahu bahawa Selcat hanyalah satu jawatankuasa menjaga kepentingan kerajaan PKR Selangor. Walaupun ada 2 wakil BN didalam Selcat tetapi sebarang keputusan akan dibincang terlebih dahulu sebelum di bentangkan ketika prosiding Selcat. - KitaGempur.com

No comments:

Post a Comment