AdSense

Wednesday, February 22, 2012

Mari-Mari !!! Majlis Bersama Bapa Pemodenan


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) akan menganjurkan Program Bicara Minda bertemakan Transformasi Kepimpinan Belia: Meniti Cabaran Wawasan 2020. YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersetuju untuk menyampaikan ceramah sepertimana berikut:

Untuk makluman, program ini dapat memberi kefahaman terhadap konsep kepimpinan yang efisien dan berketerampilan dalam menghadapi arus perubahan perdana di samping membuka ruang perkongsian pengalaman dan penetapan hala tuju antara tokoh pemimpin negara dan peserta.

sehubungan dengan itu, MBM ini berbesar hati menjemput YB/Dato/Saudara/Saudari. Peserta yang dicalonkan diharap memenuhi kriteria berikut :
i. Pemimpin belia yang berumur 18 hingga 40 tahun.
ii. Pemimpin yang memegang jawatan dalam pertubuhan belia di pelbagai peringkat.


ATURCARA
PROGRAM BICARA MINDA
BERSAMA YABHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Tarikh : 24 Februari 2012 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tgh.
Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur

>MASA ACARA
8:00 pg Pendaftaran Peserta & Sarapan
9:00 pg Ketibaan Tetamu Jemputan
9:20 pg Ketibaan YB. Timbalan Menteri Belia dan Sukan I & II
9.25 pg Ketibaan YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia
9.30 pg Ketibaan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana
9.40 pg Nyanyian Lagu Negaraku
9.45 pg Bacaan Doa
9:50 pg Aluan oleh: YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan Malaysia
10:00 pg Program Bicara Minda oleh: YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana
“Transformasi Kepimpinan Belia: Meniti Cabaran Wawasan 2020”
11:00 pg Sesi Soal Jawab
12:00 tghari Sidang Akhbar
Jamuan Tengah Hari
Bersurai



No comments:

Post a Comment