AdSense

Friday, September 9, 2011

TELCO mahu kenakan cukai 6%, ini jawapan Najib

Dato' Seri Najib Tun Razak begitu sensitif dan peka apa-apa yang berkaitan dengan rakyat Malaysia sepertimana tema 1Malaysia, Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Setakat ini blog-blog pembangkang serta medianya sedang hangat membalun kerajaan berkenaan isu ini.
Tidak seperti cara mereka, kerajaan dibawah pimpinan Najib Razak dan beliau sendiri bertindak dengan lebih matang dan profesional dengan meminta pihak Telco mengkaji semula cadangan kenaikan tersebut.

"Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas dari orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan logo baru Maybank di Menara Maybank di ibunegara Hari ini.


2 comments:

  1. dimulakan oleh astro yang membelakangkan pihak kerajaan kini telco pula buat hal.Pihak kerajaan sepatutnya lebih bersungguh sungguh mengatasi permasalahan ini,bukannya rakyat jelata yang memikul beban,seolah olah sykt gergasi ini berkuasa penuh menentukan harga perkhidmatan mereka.kalau kadar tol kerajaan boleh berkropomi takkan sykt telco kerajaan buat tak tau je.Kami muskil pihak kerajan tiada mengumumkan tentang cukai 6 peratus buat pihak telco tapi kenapa pihak telco buat pengumuman,rakyat mesti nak tau, nampaknya 6 peratus adalah keuntungan bersih buat pihak telco atau secara senyap ada pihak akan menggunakan wang ini utk. pru 13 nanti, kalau ye pon janganlah membebankan penguna prabayar yang rata rata berpendapatan rendah,kerajaan tolonglah jelaskan.Pihak kerajaan sebenarnya mempunyai kuasa penuh sebenarnya keatas semua sykt telco ini, kalau nak bertindak rasanya takklah sepayah mana,bagi sykt yang ingkar batalkan saja permit mereka,saya sendiri berkerja dalam industri ini, apa yang saya tau semua infra untuk telco menggunakan tanah kerajaan,gunakan kuasa kenakan bayaran bagi setiap meter cabel yang tertanam ditanah kerajaan,sebagai info pihak Fibrecom contohnya mengenakan bayaran 300 ringgit semeter bagi cabel oftic, cuba bayangkan JB ke Bukit Kayu Hitam rasanya ada 500 km, anda kira berapa sykt perolehi setiap bulan, patutkah penguna dibebankan lagi.Cadangan saya kalau pihak telco berkeras juga , kerajaan patut kenakan bayarah setiap meter cabel yang tertanam ditanah kerajaan.

    ReplyDelete
  2. Saya berharap PM ambil perhatian perkara ini. Silap-silap haribulan kerajaan BN boleh jatuh dalam P/Raya akan datang jika gagal menanganinya dengan baik.

    Syarikat telekomunikasi ini harus dimilik negarakan dengan segera supaya rakyat tidak ditindas. Terbaik jadikan ia seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri yang memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.

    ReplyDelete