AdSense

Saturday, September 10, 2011

Mat Sabu TAKUT keluar pejabat

Kenapa takut?
Mat Sabu sememangnya hanya berani dalam gelanggang sendiri.
Baru-baru ini Persatuan Bekas Tentera berdemonstrasi di hadapan Ibupejabat PAS di ibukota.

Hasrat mereka adalah mahu bersemuka dengan Mat Sabu yang telah menggemparkan negara dengan menTONG SAMPAHkan parajurit-parajurit yang berkhidmat kepada negara dalam usaha mencapai kemerdekaan.

Antara yang berdemo itu adalah bekas tentera yang turut sama dalam mempertahankan Bukit Kepong dan ada juga sanak saudara serta ahli keluarga yang gugur di medan pertempuran.
Mereka berasa sangat tercabar dan sedih dengan kenyatan Mat Sabu dalam ceramahnya di Negeri Pemerintah DAP, Pulau Pinang.

 (gambar diatas ini adalah gambar hiasan)

Lantas itu mereka tidak dapat mengawal perasaan marah mereka terhadap Naib Presiden PAS itu.
Dan sebelum ini, sudah banyak laporan polis dibuat terhadap Mat Sabu. Apakah apabila nasi sudah menjadi bubur, barulah tindakan akan diambil? Apakah Akta Hasutan sudah tidak releven lagi pada masa kini?

No comments:

Post a Comment