Jerebu dalam erti kata, tak nampak jalan.
Pandangan kabur.
9/9/2011. 6.15pm. Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Malaysia. |
Dari sudut ilmu Sains, ia disebabkan angin monsun dari Sumatera ke Malaysia yang menyebabkan indeks pencemaran kepada tahap tertinggi.
Bagi penganalisis Islam, setiap apa yang berlaku pada ALAM SEMESTA, ada kaitannya dengan hidup duniawi. Sepertimana laut bergelora dan menenggelamkan bahtera Nabi Nuh suatu masa dahulu. Dan juga bagaimana kaum-kaum Nabi Luth yang diterbalikkan buminya dek kerana mengamalkan hubungan sejenis.
Kisah-kisah Nabi ini adalah sebuah kisah benar yang mana ianya ada diceritakan di dalam Al Quran.
Jadi apa yang berlaku pada alam semesta ini sememangnya ada kaitan dengan kehidupan manusia.
JEREBU tak nampak jalan.
Pandangan kabur.
Apakah jerebu ini ada kaitan dengan kelantangan Mat Sabu mempertahankan komunis?
Apakah Mat Sabu juga JEREBU tak nampak jalan?
Pandangan kabur?
Pepatah ada menyebut, "jangan sesekali bermain dengan api. Kerana api itu kecil-kecil adalah kawan tetapi bila besar ia menjadi lawan"
Ada lagi pepatah menyebut, "jangan dikejutkan Singa yang sedang tidur, kerana auman nya pasti mengejutkan anda"
Melayu kaya dengan pepatah. Lagi pepatah sesuai untuk Mat Sabu, "JANGAN DIJOLOK SARANG TEBUAN"
No comments:
Post a Comment