AdSense

Saturday, August 20, 2011

Perpaduan Kaum : Jangan sesiapa usik sesiapa

Kalau bangsa A tak kacau bangsa B, kenapa bangsa B nak kacau bangsa A?

Malaysia ni adalah sebuah negara berbilang kaum, bermasyarakat majmuk.




Detik hitam 13 Mei 1969 berpunca dari perpecahan kaum.
Berpunca dari masyarakat yang berpecah-belah.

Kenapa bangsa B mengusik bangsa A?
Sedangkan bangsa A tidak menyentuh bangsa B?
BAHKAN! Menjaga bangsa B dan bangsa C hingga bangsa Z DENGAN BEGITU BAIK SEKALI !

Apakah di Malaysia ini tempat beribadah agama A diharamkan?
Apakah tempat beribadah agama B tidak dibenarkan?
Apakah tempat ibadah agama C tidak didirikan?

Jadi, jika setiap agama bebas mengamalkan agama masing-masing, kenapa mahu menyentuh agama lain?

CARILAH negara yang penduduknya selama ini hidup aman dan bebas mengamalkan agama masing-masing dan negara yang berbilang kaum, HIDUP HARMONI, CARILAH DI DALAM DUNIA INI JIKA BUKAN MALAYSIA !

Setiap agama mengajak ke arah kebaikan.
Dan bersyukur adalah perkara yang perlu dititikberatkan.

Jangan dijolok sarang tebuan.
Jangan dikejutkan singa yang sedang tidur.
Hayatilah hidup masing-masing dengan tidak menyentuh orang lain.
Ada benda yang boleh dipeluk dan ada benda yang tidak.

No comments:

Post a Comment