AdSense

Thursday, August 18, 2011

Mereka masih TAK NAMPAK ?!!!


DAP menerusi Tony Pua semalam bersama anak perempuan DSAI, Nurul Izzah masih tak faham apa erti kebenaran.
Mungkin kerana mereka dikalangan pembangkang masih seperti katak bawah tempurung?
Umpama orang sudah ke bulan, awak masih didasar lautan.
Baru-baru ini, semalam, baru lagi, Tony Pua terus bersuara menidakkan kebenaran.
Disokong pula anak ketua pembangkang, Nurul Izzah.

Mungkin kerana takut malu sendiri maka mereka berasa ego dengan tidak menonton Berita Utama di TV3 mahupun di TV1 atau mana-mana media yang mereka gelarkan sebagai media kerajaan walhal media tersebut hanya memaparkan berita yang benar sahaja.

Mereka mungkin terlalu asyik dengan media  mereka pembangkang. Semalam mereka masih bercakap mengenai hal kewarganegaraan. Mereka masih lagi bercakap berhubung isu MAS-AirAsia. Walhal semua isu yang mereka kemukakan telahpun dijawab oleh mereka-mereka yang berkenaan BERSAMA BUKTI yang sahih. Inilah akibat kalau ada dua telinga tetapi menutup telingga kanan, hanya gunakan disebelah kiri. Punya dua biji mata tetapi tidak menggunakan kedua-duanya.


Disebabkan terlalu asyik mencari publisiti murahan di media-media, sehingga membuatkan mereka terlupa akan pengakuan dan pendedahan insan yang telah dipopularkan mereka, Mismah.
Klik

Begitu juga dengan kebenaran berhubung MAS-Air Asia yang sangat hangat dijaja pakatan pembangkang dek kerana ketandusan isu untuk memburukkan kerajaan pemerintah.
Klik

Sekali lagi diingatkan, dalam dunia politik kerajaan pemerintah di Malaysia, setiap kecaman dan isu yang dijaja pembangkang, AKAN DIJAWAB!
Bagaimana pula dengan pakatan pembangkang? Apakah mereka jawab sebarang isu yang mengena tepat di batang hidung mereka? Selain menuding jari kepada orang lain, apakah elok jika gelaran 'tidak bertamadun' diletakkan atas dahi pakatan pembangkang di Malaysia ini?


1 comment:

  1. ala, semua orang tau ini bukan lagi perjuangan tapi dah personal dah..

    dia tak boleh accept yg bapak dia telah/ secara sengaja atau tidak, diaibkan. sama la macam bapak dia.. dia akan guna apa cara sekali pon utk create 2 jenis kon..

    1) kontreversi
    2) konspiracy

    kesan damage dia sangat berkesan. betul atau tidak, itu berlakang kira.

    ala macam satu masa dulu, theory 3 C yg digunakan oleh politician, lawyer dan salesman bila mau meyakin kan patron atau customer atau whatever. dalam kes ni aku ambil salesman la.

    1) convince - the customer bila product anda bagus. pasti dia akan beli.
    2) confuse - the customer bila dia sudah ada product lain in mind. dia mungkin beralaih ke product anda
    3) con - the customer. bila customer terlalu bodoh sangat la dan percaya ko bulat2

    yg no 3. tu lah bertapa senangnya penyokong2 melayu dalam PAS dan PKR boleh ikut arahan DAP tanpa tanya. lepastu, diorang guna melalui tabloid bodoh diorang tu pulak dok perkena orang kampong2 dan melayu2 sangap semelaysia...

    bagus la sangat tu..

    ReplyDelete