Wednesday, August 17, 2011

Agenda Politik, Agama dan Kebenaran




Dan yang teraniaya dan masih memerlukan pembelaan untuk diri sendiri

Pakatan pembangkang mempunyai beberapa peguam yang diomongkan sebagai 'hebat'.
Dan jika mereka yang berstatus peguam pasti akan tahu bahawa setiap yang teraniaya perlu mendapat pembelaan. Apakah Saiful Bukhari tidak layak untuk mendapat pembelaan?
Apakah mereka dikalangan pembangkang tidak berasa malu kepada negara luar yang mana kes liwat DSAI ini TERLALU banyak penangguhan?

Mahkamah dan persatuan peguam seluruh negara perlu mengkajisemula sistem yang sedia ada. Disebabkan seorang peguambela yang 'demam' apakah kes tertentu itu perlu ditangguh? Bagaimanapula jika datuk nenek mereka mati?  Apakah mahkamah juga membenarkan untuk surat cuti?Bukanlah tidak rasa hormat pada si mati tetapi apakah disebabkan nila setitik maka susu sebelanga mendapat akibatnya? Apa sudah kurangkah bilangan peguam di Malaysia? Jika kerana hal ini maka ramailah yang menjadikan ia sebagai ikutan. Mungkin bagi sesetengah peguam bahawa setiap anak guam mereka itu adalah lubuk gaji mereka. Bukan mahu mengalah tetapi sekiranya sudah tidak mampu, berserah sahaja sebelum maruah yang dipandang mulia dihina. Ini sebenarnya adalah PETANDA untuk Mahkamah, Kerajaan, Badan-badan beruniform baik polis mahupun Jabatan Agama di dalam negara Malaysia ini UNTUK BERTEGAS dan jangan terlalu LEMBUT dan BERTOLAK-ANSUR lagi !

No comments:

Post a Comment