AdSense

Monday, May 11, 2026

Kenyataan Media UMNO 11 Mei 2026


Uploaded Image

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia yang berlangsung pada 11 Mei 2026 bersamaan 23 Zulkaedah 1447H di Dewan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Johor Bahru telah membincangkan dan membuat beberapa ketetapan berikut: 

1.   UMNO merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, serta Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, berangkat mencemar duli sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-80 di Istana Besar Johor pada hari ini. 

2.   Sesungguhnya, keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Amat Mulia Tunku amat besar ertinya kepada seluruh keluarga besar UMNO dalam memperingati detik bersejarah penubuhan UMNO di Johor pada 11 Mei 1946. 

3.   UMNO turut merafak sembah menjunjung kasih atas limpah perkenan bagi sesi fotografi rasmi di Tangga Agung Istana Besar Johor, lokasi bersejarah yang menjadi saksi penyatuan orang Melayu dalam mempertahankan agama, bangsa, tanah air serta kedaulatan Raja-Raja Melayu. 

4.   Daripada semangat perjuangan dan penyatuan itulah lahirnya UMNO sebagai wadah perjuangan bangsa yang kemudiannya menjadi tunjang utama kepada kemerdekaan serta pembentukan negara yang berdaulat. 

5.   Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-80 ini bukan sekadar mengimbau sejarah perjuangan lampau, tetapi menjadi peringatan bahawa kekuatan sesebuah bangsa terletak pada kesatuan rakyat, kestabilan negara dan kesetiaan kepada institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung negara. 

6.   Selepas lapan dekad, UMNO kekal komited untuk meneruskan perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air serta mempertahankan asas-asas utama yang membentuk negara ini. 

7.   UMNO turut merafak sembah menjunjung kasih atas naungan, kebijaksanaan dan keprihatinan institusi Raja-Raja Melayu yang sentiasa menjadi tonggak perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan negara. 

8.   UMNO ambil maklum keberkesanan pendaftaran ahli baharu secara atas talian yang mencatatkan jumlah ahli baharu selepas 20 hari dilancarkan yang mencecah 16,867 ahli dan 71% daripadanya adalah di kalangan anak muda. 

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI 
11 MEI 2026


Uploaded Image

No comments:

Post a Comment