AdSense

Monday, May 5, 2025

"UMNO juga tidak sepatutnya menghentam MCA bila mereka bercakap soal kaum cina, sekolah-sekolah cina dan lain-lain" - Ketua Pemuda UMNO Kota Raja




MCA Kena Lebih "Rasis" Dari DAP Untuk Kekal Relevan.

Sehari dua ini wujud pertikaian dan pergeseran antara MCA dengan beberapa pemimpin UMNO.

Mesyuarat MCA dijadikan medan oleh wakil mereka menempelak kerjasama BN didalam PH yang kononnya merugikan BN.

Kegagalan MCA untuk dilihat kuat dimata masyarakat cina di negara ini ialah datang dari kelemahan mereka sendiri.

MCA kena lebih jauh kehadapan berbanding DAP dengan memperjuangkan isu masyarakat cina di negara ini.

Mereka perlu pandai mengambil kesempatan yang ada untuk terus lantang beberapa isu yang melibatkan masyarakat cina berbanding DAP yang agak "terdiam" sedikit kerana mereka berada didalam kerajaan hari ini.

UMNO pula perlu merestui perbuatan dan tindakan "Rasis" MCA demi survival mereka.

Adakah kita mengharapkan Presiden MCA bercakap dan berjuang tentang Perlembagaan 153 hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja Melayu? Tidak sama sekali.

UMNO juga tidak sepatutnya menghentam MCA bila mereka bercakap soal kaum cina, sekolah-sekolah cina dan lain-lain.

Tindakan UMNO mengecam MCA tiap kali mereka bersuara memperjuangkan hak masyarakat cina dinegara ini sedikit sebanyak melemahkan parti tersebut.

Masyarakat cina melihat MCA tiada suara dan dikawal oleh UMNO, dari situlah mereka menilai keupayaan MCA dalam memastikan dan membela nasib masyarakat mereka dinegara ini dan akhirnya DAP mendapat sokongan yang padu kerena mereka memainkan peranan yang sepatutnya tanpa di sanggah oleh mana-mana pemimpin PKR dan Amanah. 

Saya percaya jika semua memainkan peranan dengan betul, kegemilangan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO MCA dan MIC akan kembali bersinar.

Mohd Zaffarollah Mohd Nordin
Ketua Pemuda BN Parlimen Kota Raja.

No comments:

Post a Comment