AdSense

Wednesday, December 18, 2024

Dendam dinosaur Anwar, Mahathir




Sekarang ni heboh orang bercakap pasal dendam Anwar-Mahathir, atau Mahathir-Anwar.


Ini cerita lama, cerita sejarah era 80an, 90an. Adik-adik yang baca artikel ni mungkin tak tahu apa berlaku. Biar SL ceritakan seringkas-ringkasnya.



Ini cerita zaman Mahathir jadi PM ke-4, Anwar jadi TPM dia. Kemudian kedua-duanya bergaduh, hingga Anwar dipecat dan tercetusnya gerakan Reformasi. 


Kemudian kedua-duanya kembali 'bertaut', dengan matlamat yang sama iaitu tumbangkan Najib dan BN pada tahun 2018. Mereka berjaya. 






Tidak lama kemudian, mereka bergaduh balik, dikatakan berpunca daripada tindakan Mahathir yang melengah-lengahkan peralihan kuasa Mahathir (PM ke-7) kepada Anwar (bakal PM ke-8). 


Sekarang Anwar dah jadi PM ke-10 dan kes Batu Puteh mahu dibuat RCI atau Siasatan Diraja. Mahathir dipertanggungjawabkan kerana dikatakan menyebabkan Batu Puteh terlepas kepada Singapura.


Nampak tak, masa Mahathir berkuasa, Anwar jadi mangsa. Bila Anwar berkuasa, Mahathir jadi mangsa. Dik, ini cerita dinosaur lawan dinosaur.


Yang jadi mangsa paling teruk ialah kita, rakyat marhaen, yang tak ada jawatan tinggi dalam parti, kerajaan dan syarikat-syarikat GLC.


Zaman Najib BN 2009 - 2017, hidup kita tenang, sejahtera, aman, damai. Lepas zaman rakyat hidup senang itu berakhir, kita bergelut dengan zaman mencabar di bawah regim Pakatan Harapan yang juga didiami DAP.


Cukai GST 6% digantinya dengan cukai SST 8%, janji pendidikan percuma hanya tinggal janji, harga minyak tak turun-turun tapi makin naik, harga kereta pun sama tak turun bagai dijanji raja formula Piji yang kini bergelar menteri.


Berbalik kepada kisah dendam orang politik, tidak mustahil selepas ini Anwar kembali jadi mangsa andai Mahathir atau puak pro Mahathir berkuasa suatu hari nanti.


Namun, ia tidak mungkin berlaku dan kitaran dendam politik ini akan terputus sekiranya Najib atau pro Najib kembali berkuasa. Ini kerana Najib dan pasukan bukanlah jenis suka buang masa melayan nafsu serakah peribadi untuk membalas dendam, kerana pasukan ini lebih gemar bekerja untuk rakyat serta membangunkan negara.


Semoga Najib Razak diberikan keadilan dan dibebaskan daripada penganiayaan politik.







No comments:

Post a Comment