AdSense

Tuesday, August 13, 2024

Setelah PH kembali berkuasa, DAP menang kerusi terbanyak... Komik kontroversi DAP kini 'dibebaskan'??? Ini hadiah PH sempena bulan kemerdekaan?




Siapa ingat komik Superman Hew DAP?


Mari Suara Lensa ingatkan.



Pada 12 September 2019, selepas Pakatan Harapan jadi kerajaan, Teo Nie Ching pemimpin DAP yang diangkat jadi Timbalan Menteri, telah bertemu dengan dan bergambar dengan Superman Hew sambil memegang komik kontroversi Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) Meraih Manfaat Bersama.





Pada masa itu Superman Hew atau nama sebenar Hew Kuan Yau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan Malaysia-China. Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China pada masa itu adalah pemimpin utama DAP iaitu Tan Kok Wai yang juga Duta Khas ke China. Masa tu netizen persoal kenapa wujud lagi lantikan politik sedangkan PH janji nak hapuskan lantikan politik amalan Barisan Nasional.


Ok, kenapa komik ini jadi kontroversi?


Sebab ramai yang mendakwa komik tersebut mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme.


Datuk Seri Najib Tun Razak juga pernah membangkitkan perkara ini. Bukan sekali, tapi berkali-kali Bossku bangkitkan keresahan awam ini.


https://www.facebook.com/share/p/CQWyzYjekuxaujCB/


https://www.facebook.com/share/p/qMZ61WBSiuo9LLLV/


https://www.facebook.com/share/p/ZBrarNo1ktVGTuXa/


https://www.facebook.com/share/p/3b1xhzvRGjYatNLM/


https://www.facebook.com/share/p/rz6T2BSdpVNgr8GZ/


Banyak lagi korang boleh search kat FB DSN.








Susulan itu, pada Oktober 2019, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharamkan komik kontroversi tersebut.


Oh ya, sebelum itu, siapa Superman Hew ini? 


Beliau dikenali kerana sering dilihat berucap atas pentas DAP. Selalu berceramah dan memaki hamun UMNO Barisan Nasional. Antara ucapan beliau yang popular, "kita guna Melayu untuk skrew Melayu".


Video di sini


Pada 26 April 2021, Mahkamah Tinggi mengekalkan perintah pengharaman KDN terhadap komik tersebut.


Dan hari ini, PH kembali berkuasa. Dengan memiliki 40 kerusi Ahli Parlimen (paling banyak berbanding PKR (31), Amanah (8) dan UPKO (2), DAP kini dilihat semakin berkuasa dan menunjukkan taring dan belangnya.


Hari ini, di bulan kemerdekaan ini, media melaporkan "Larangan terbit komik ‘Superman’ Hew dibatal"


"Menurut warta kerajaan persekutuan bertarikh 12 Ogos, pembatalan itu ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pada 6 Ogos mengikut Subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984."

Selamat Hari Merdeka!


Kita nantikan apa komen UMDAP. Keyword : Meneruskan kerjasama dengan DAP pada PRU16


No comments:

Post a Comment