AdSense

Friday, August 2, 2024

Firma milik kerajaan Selangor nak mesyuarat di luar negara sampai telan belanja RM300 ribu???



Kecoh bila media laporkan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad dan anak syarikatnya Central Spectrum (M) Sdn Bhd nak buat mesyuarat lembaga pengarah kat Perth, Australia. 


Apabila perkara ni didedahkan oleh media, KHSB keluar kenyataan kata depa bukan pi mesyuarat lembaga pengarah sahaja. Lagipun benda ni baru cadangan. Belum diluluskan lagi.



Untuk pengetahuan korang Ahli Lembaga Pengarah KHSB dan CSSB adalah kebanyakkan orang politik dari Pakatan Harapan seperti:


1. YB Rajiv A/L Risyakaran (Adun Bukit Gasing)

2. Haji Mohd Yahya bin Haji Mat Sahri (Setpol Menteri KDN)

3. Ts. Saipolyaza Bin Mat Yusop (CEO MBI dan Bekas Calon PKR)

4. Dato Kamarul Baharin Abbas (Bekas Ahli Parlimen PKR)

5. YB Azmizam Zaman Huri (Adun Pelabuhan Klang)


Okey, pertamanya apa keperluan untuk dua syarikat milik Kerajaan Negeri ni nak pergi sampai Perth, Australia untuk mesyuarat Lembaga Pengarah dan nak dengar Amirudin Shari cakap pasal "Way forward KHSB and CSSB"?




Eh kat Selangor ni takde bilik mesyuarat yang sesuai ke sampai ke Australia korang nak pergi?


Apa kesan kepada syarikat dengan idea tidak cerdik ini? 


Kalau korang tengok rombongan ni akan pastinya ada:


Menteri Besar Selangor 

7 orang Ahli Lembaga Pengarah KSHB

6 Pengurusan Tertinggi KHSB

5 orang Ahli Lembaga Pengarah CSSB (Ts Saipolyazan ada di kedua syarikat)

6 Pengurusan Tertinggi CSSB

Jumlah : 24 orang (tidak termasuk seketariat)


Kos Penerbangan (Semua diatas layak business class)

KUL - Perth (Malaysian Airlines)  

RM 3,341 x 24,

= RM 80,184.


Kos Penginapan 

Intercontinental Perth Australia

RM 3,500 x24,

= RM 84,000


Jumlah besar;

RM 164,184


Kos diatas tidak termasuk dengan kos seketariat serta pengurusan dan logistik di Perth Australia. Anggaran aku kos keseluruhan boleh mencecah RM300,000.


Berbaloi ke nak pi mesyuarat sehari sahaja, dan dengar Amirudin Shari cakap pasal halatuju syarikat dengan kos sebanyak tu.


Paling kelakar, depa boleh jawab ini baru cadangan, belum ada kelulusan Lembaga Pengarah.


Aku nak tanyalah, at the first place macamana korang boleh terfikir cadangan tu yer? 


Rakyat sedang bergelut dengan kenaikan kos sara hidup dan harga barang yang meningkat. Korang boleh terfikir nak buat cadangan macam tu?


Satu lagi, pengalaman aku dalam dunia korporat, 


Kakitangan bawah tak akan berani buat "cadangan kertas kerja" kalau tiada pengarahan dari pihak atasan.


Pihak atasan tak akan beri arahan buat kertas kerja kalau tidak buat semakan jadual Menteri Besar terlebih dahulu. 


Apatah lagi dalam senarai Lembaga Pengarah ada Encik Mohd Hidayat Bin Mohd Sauffi yang juga merupakan Ketua setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor. 


Takkan Menteri Besar tak tahu pasal cadangan ni? Kenapa Menteri Besar, tak halang? Itu jelah yang aku tertanya. 


Apapun kalau dah beli tiket dan tempah penginapan, takkan nak batal kan? 


Selamat "bermesyuarat" buat 24 orang ahli rombongan. Jangan lupa hantar poskad gambar kangarooo.


Salam Hormat,

Nurul Islam Mohamed Yusoff

Sumber 

No comments:

Post a Comment