Kepada seluruh rakyat Malaysia saya memohon maaf diatas apa yang berlaku di Sukan Olimpik Paris dan kerana tidak dapat merealisasikan impian semua untuk membawa pulang pingat Emas pertama negara.
Sepanjang proses persiapan dan perjalanan ke Paris, saya sentiasa memainkan gambaran yang positif, gambaran yang penamat di Paris akan menjadi sebuah cerita manis buat Malaysia dan khususnya buat karier saya. Namun saya juga terkelu seribu bahasa dengan pengakhiran seperti ini.
Sepanjang proses persiapan dan perjalanan ke Paris, saya sentiasa memainkan gambaran yang positif, gambaran yang penamat di Paris akan menjadi sebuah cerita manis buat Malaysia dan khususnya buat karier saya. Namun saya juga terkelu seribu bahasa dengan pengakhiran seperti ini.
Ketika melihat nama saya dikenakan 'disqualification', dunia seolah-olah terhenti. Tubuh badan panas bersedia untuk beraksi tiba-tiba menjadi sejuk kaku. Seluruh velodrome sunyi sepi walaupun hakikatnya penuh dengan sorakan dari penonton yang hadir.
Saya masih tidak mahu berputus asa dan menunggu sebuah keajaiban untuk berlaku. Menantikan dengan penuh harapan senarai nama akhir pusingan 'repecharge' keluar untuk memastikan nama saya ada disitu. Namun akhirnya saya kekal kecewa. Langsung saya mengemas beg dan memilih untuk terus beredar dari situ kerana saya tidak dapat menerima hakikat yang perlumbaan akan berjalan tanpa saya turut serta.
Saya tidak dapat mencari perkataan untuk menggambarkan perasaan yang saya alami pada detik itu. Tidak pernah saya terfikir yang perkara seperti ini akan berlaku. Saya hadir ke Paris dengan penuh harapan dan membawa misi penting negara tercinta. Mungkin ada yang kata harapan terlalu tinggi terlalu besar membuat saya hilang kawalan. Tidak sama sekali, semuanya berada di dos yang sepatutnya.
Saya teringat janji-janji kepada ibu, isteri dan anak-anak yang ini merupakan penampilan Sukan Olimpik terakhir ketikamana mereka semua meminta untuk saya bersara selepas pulih dari pembedahan jantung dahulu. Saya terfikir adakah ini semua berlaku kerana melanggari permintaan mereka dahulu. Dari awal karier sehingga sekarang mereka ini lah sumber kekuatan untuk saya meneruskan perjuangan sehingga mampu menjadi antara terbaik di puncak dunia.
Saya duduk termenung di bilik. Memikirkan harapan menggunung dari semua orang yang telah musnah. Paling sedih apabila teringat reaksi dari jurulatih John Beasley yang begitu sebak dan tidak dapat menahan emosi beliau. Perasaan bersalah yang menggunung kepada seluruh pasukan yang turut sama berkorban untuk memastikan saya sebagai atlet berada di tahap yang terbaik.
Islam mengajar kita untuk berdamai dengan takdir. Semua yang berlaku didunia ini sudah ditentukan oleh Allah Azzawajal sebelum kita diciptakan lagi dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Syukur kerana saya berpegang teguh dengan tali Allah, jika tak saya tidak tahu bagaimana untuk menghadam dan memproses segala yang berlaku.
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada perjalanan karier saya selama ini. Terima kasih kepada pihak KBS, MSN, ISN, OCM serta penaja-penaja CIMB, Gardenia Breakthru, Brightcow (FGV), Oligo, 100plus (F&N), Daikin dan Oakley yang sentiasa berdiri teguh di belakang saya. Saya amat bersyukur kerana terlalu ramai pihak yang sentiasa bersama dengan saya secara langsung dan tidak langsung. Sekali lagi saya memohon maaf kepada semua dan teruskanlah memberikan sokongan penuh kepada atlet-atlet negara kita dimasa hadapan.
No amount of regret will change the past.
No amount of anxiety will change the future.
But any amount of gratitude will change the present.
Sumber:
No comments:
Post a Comment