AdSense

Thursday, August 24, 2023

Pemimpin DAP kata bod#h kepada rakyat secara terbuka. Tiba koyak, macam ada sesuatu.



Pertama, siapa dia?


Dia ialah Datuk Tan Chang Khim, bekas Exco Selangor yang pegang portfolio Pelaburan, Perdagangan, Perindustrian dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).


Ni otai DAP, jadi ADUN Bukit Gasing (1995-1999), Bandar Klang (1999-2004), Sungai Pinang (2004-2018) dan Bandar Baru Klang (2018-2023).


Oh ya, beliau juga adalah Speaker DUN Selangor sebelum ini.


Tapi kenapa dia selamba kata b#doh kepada rakyat marhaen?


https://www.facebook.com/tengchangkhimpage/posts/pfbid0bku7SStjA9MBpCxfZqosTRDQCUUueTzbGxKT42UC2n8Rrc2eVc8djkvmen6G2K5Bl


Isu dia simple, rakyat sekadar bertanya pasal skim insurans yang diperkenal kerajaan negeri Selangor iaitu INSAN.


Ada dakwaan kata data awam bocor. Bagaimana seorang yang telah meninggal dunia, bangkit dari kubur untuk daftar bagi permohonan skim INSAN?



https://www.facebook.com/photo/?fbid=6827401687311066&set=a.208434192541215


Sebelum ini, rakyat tanya pasal siapa disebalik syarikat tersebut?





"Nampak seperti syarikat milik MBI, tetapi bila diselidiki melalui SSM, saya mendapati pemegang saham terbesar bukanlah MBI."


https://www.facebook.com/photo?fbid=236636419354982&set=a.107031778982114


Isu ini turut mendapat perhatian Timbalan Bendahari Agung MCA, Datuk Ir. Lawrence Low yang turut menuntut penjelasan segera daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor.




Memetik kenyataan media beliau:


Bagi menjernihkan keadaan, saya mencadangkan;


1. YAB Menteri Besar atau pihak Kerajaan Negeri segera memberi penjelasan kepada rakyat Selangor. Segera nafikan jika ia tidak benar, demi menjaga imej baik Kerajaan Perpaduan.


2. Menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci secara bebas dan adil.


3. Jangan sesekali mengenakan hukuman atau tindakan yang tidak wajar atau zalim kepada rakyat yang bertanya, melainkan dakwaan mereka berniat jahat seperti fitnah dan seumpamanya.


Sebagai rakyat Selangor, saya juga menanti penjelasan dan berharap isu ini segera ditangani dengan profesional demi kepentingan rakyat Selangor, seterusnya dapat meredakan keresahan awam.


Baca selanjutnya


Sekarang, seluruh rakyat Malaysia khususnya Negeri Selangor sedang menanti penjelasan Menteri Besar / Kerajaan Negeri.


Harap jangan jawab seperti pemimpin DAP Tan Chang Khim yang sangat angkuh.

No comments:

Post a Comment