AdSense

Monday, August 28, 2023

Isu Hadis 40 : Ini apa yang berlaku sebenarnya...


Ya mungkin isu ini sudah berakhir apabila YAB PM DS Anwar Ibrahim kata, IA HANYA UNTUK PELAJAR DAN GURU BERAGAMA ISLAM.

Himpunan 40 hadis untuk umat Islam, tidak paksaan kepada bukan Islam - PM Anwar

Cuma apa yang Suara Lensa mahu ulas ialah kegagalan komunikasi antara Menteri / Timbalan Menteri dan orang Kementerian itu sendiri.


Ini kerana, pada peringkat awal KPM keluarkan kenyataan, langsung tak jelas, hanya secara umum, sekaligus mengundang kebimbangan serta kekeliruan masyarakat. Terlalu umum dan tidak jelas, lebih-lebih lagi ini isu sensitif. Difahamkan hanya Bernama sahaja ada akses untuk membuat liputan berita ini? Kesimpulannya, jadikan ini pengajaran dan pastinya komunikasi baik antara Menteri / Timbalan Menteri / penjawat awam atau pegawai tinggi kerajaan, jabatan, kementerian 

"Sehubungan itu, KPM telah mengambil pendekatan dengan membina modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang boleh dijadikan panduan kepada semua sekolah KPM. Selain itu, kita turut menggalakkan guru-guru Pendidikan Islam yang aktif di TikTok untuk menghasilkan TikTok yang pelbagai mengikut kreativiti masing-masing yang mengandungi hadis 40,"

Beliau berkata, modul dirangka dan dibina KPM serta membabitkan pelbagai pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing terutamanya dalam bidang hadis, mengambil kira pendekatan meliputi semua peringkat sekolah termasuk sekolah dalam aliran perdana seperti sekolah rendah atau sekolah menengah harian biasa.




KPM lancar modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi


Bila isu ini timbul, maka sudah tentulah ia mengundang respon pelbagai pihak. Antaranya MCA, parti Cina yang memperjuangkan kebajikan dan kepentingan orang Cina, serta semua kaum juga.


(Bila MCA perjuangkan orang Cina, ada yang kata rasis. Dalam masa sama, sibuk suruh MCA bertanding kawasan majoriti Cina (yang tak wujud). Sibuk kata MCA jangan mengharapkan undi Melayu).


MCA melalui Ketua Biro Perhubungan Etnik dan Hal Ehwal Agama MCA, Cally Ting Zhao Song dalam satu kenyataan pada 24 Ogos 2023 mengatakan, masyarakat bukan Islam tuntut penjelasan Lim Hui Ying.


Kenyataan Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek pada 19hb Ogos 2023 bahawa Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi membolehkan guru dan pelajar menghayati nilai pesanan dan perkara baik dalam hadis merupakan sesuatu yang murni.


Namun, ia turut menimbulkan kekeliruan orang ramai khususnya masyarakat bukan Islam yang menuntut penjelasan Timbalan Menteri daripada DAP, YB Lim Hui Ying.


Pada 28 Ogos pula, Cally kata komunikasi berkesan Menteri mampu halang kebimbangan golongan bukan Islam.


Kenyataan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa modul penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi tidak akan melibatkan pelajar bukan islam merupakan berita positif kepada komuniti bukan islam.


Diharapkan agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dapat mengeluarkan garis panduan kaedah pelaksanaan modul ini dalam masa yang terdekat.


Selepas garis panduan rasmi dikeluarkan, kami turut sarankan Timbalan Menteri Pendidikan, YB Lim Hui Ying supaya menjalankan libat urus bersama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam, khususnya yang berkaitan dengan pendidikan.


Jadi, janganlah ada yang mempertikai kenapa MCA bersuara dalam isu ini. Kerana ianya adalah relevan dan patut mereka bertanya kepada kerajaan, terutamanya DAP.


Malah, Menteri sendiri mengakui bahawa Kerajaan telah tersilap dalam isu ini. Baca terjemahan daripada bahasa Cina ini. (tak tahu kenapa berita ini hanya keluar dalam bahasa Mandarin)

So kepada 'kawan baru DAP', jangan cepat sangat melantun ya. Kot ya nak pertahan / jil4t DAP.


*Rindu DSN #bossku

No comments:

Post a Comment