AdSense

Friday, March 17, 2023

Pendakwaraya kes (terowong RM6.3bilion) Lim Guan Eng tepuk tangan, sifatkan peguambela beliau suka berdrama




Mahkamah Sesyen KL menolak bantahan awal pihak pendakwaan terhadap permohonan pembelaan untuk mendapatkan laporan forensik perbualan WhatsApp di antara dua ahli perniagaan berhubung pemberian wang RM2 juta yang didakwa untuk Lim Guan Eng.


Mudah faham, peguam Guan Eng nak laporan forensik perbualan Whatsapp antara 2 bisnesman. Tapi peguam pendakwa raya bantah.



Memetik laporan Utusan Malaysia :


"Situasi tegang itu bermula apabila Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkeras mahukan supaya permohonan mendapatkan laporan forensik itu didengar serta-merta.


(Ini kerana Hakim Azura Alwi ketika menolak bantahan awal itu menetapkan permohonan pihak pembelaan didengar pada 23 Mac ini.)


"Bagaimanapun, perkara itu dibantah oleh peguam Gobind Singh Deo atas alasan pihak pembelaan belum bersedia kerana baru menerima nota keterangan satu prosiding lain daripada Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam.


"Pada peringkat itu, Wan Shaharuddin bertepuk tangan sambil mengkritik secara sinis cara pihak pembelaan mengendalikan kes yang disifatkannya suka berdrama."


Guan Eng sedang dibicarakan atas pertuduhan pindaan menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan projek terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.


Baca selanjutnya di sini:

https://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/laporan-forensik-whatsapp-bantahan-awal-pendakwa-ditolak/

2 comments:

  1. Sudah2 la salahkan bangsa lain.

    Kuatkan Melayu dlu. Make sure Melayu x paling ramai merempit, dadah, main game dan x ketinggalan ilmu pelajaran.

    Bangsa lain tu mereka dah pandai berniaga dan maju diseluruh dunia sejak zaman dlu lagi.


    Melayu kena jadi pandai dan pimpin(jadi ketua) bangsa lain majukan negara ni semula.

    ReplyDelete
  2. drama tongsan guan eng

    ReplyDelete