Perolehan vaksin Covid-19 ikut prosedur
“Semua keputusan teratur dan mengikut prosedur operasi standard perolehan vaksin Covid-19, bekalan peralatan dan penyedia perkhidmatan berkaitan bagi menangani Covid-19 di Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan semua keputusan perolehan vaksin Covid-19 mendapat punca kuasa jemaah menteri dan kelulusan Kementerian Kewangan.
Beliau berkata, ia turut mengambil kira pandangan daripada semua agensi.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan perolehan vaksin Covid-19 dan kos dimuktamadkan sebelum ini tidak mengikuti peraturan.
No comments:
Post a Comment