Wednesday, February 22, 2023

Balas dendam selepas berkuasa. Siapa yang mulakan?


Terus terang, menjawab soalan di atas, siapa yang memulakan kalau bukan Mahathir yang mengepalai Pakatan Harapan - PPBM atau Bersatu pada tahun 2018.


Mesejnya jelas - "Kau tak layan tuntutan aku, kau kucar kacirkan hidup anak aku, kau ganggu kroni aku, kau putuskan rezeki puak aku, hah ini makan dia..."

Hendak menunjukkan bahawa kuasa yang dipegang boleh bertukar tangan bila-bila masa. Walaupun ramai yang percaya Najib Razak tidak bersalah.


Suka tak suka, Najib telahpun berjaya dihina, diaibkan dan dipenjara. Satu kejayaan besar kepada PH pada ketika itu. Dalamnya bukan sahaja ada Anwar yang kini PM10, tetapi juga ada Mahathir dan Muhyidin serta puak PPBM atau Bersatu.


Pada masa tu, PAS dilihat bersama Najib, bersimpati dan ada disisi Najib walau berbeza fahaman politik.


Pejam celik, siapa sangka Muhyidin dan puak Bersatu yang begitu angkuh sebelumnya, kini hadir ke mahkamah dalam rombongan beramai-ramai.


Katanya, ini pendakwaan terpilih.


Sama seperti apa yang dilakukan mereka terhadap Najib Razak dan pemimpin BN.


Roda berpusing, ada kala di atas ada kala di bawah.


Namun, apa yang disebut Muhyiddin di Dewan Rakyat ketika Perbahasan Titah Diraja, ada betulnya. Apa dia kata?


Anwar, tak selama-lamanya kau duduk kat atas. Lepas kau, orang lain pulak duduk kerusi PM tu.


Lebih kurang macam itulah maksudnya.


Jadi, tidak kiralah betapa bersihnya dan telusnya mahupun sucinya Anwar dan puak-puak termasuk DAP, pasti pihak lawan akan terus mengaibkan mereka.


Selepas ini mungkin Anwar dan puak-puaknya akan ke mahkamah beramai-ramai.


Apa-apa pun, kita perlu serahkan kepercayaan kepada pihak berkuasa - SPRM, PDRM dan semua pihak berkuasa menjalankan kerja mereka dengan lancar. Mereka ini pasti memberi khidmat terbaik tanpa kompromi demi negara.


Soalan seterusnya, Siapa pula akan menamatkan budaya politik membalas dendam ini?


1 comment:

  1. Jangan sakit hati

    Klau Anwar dan Dap korup... zaman Muhyidin lagi dah masuk penjara.

    Klau ada bukti laaa

    ReplyDelete