Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini menyuarakan rasa terkilannya kerana tidak diundang menghadiri mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Menara Dato' Onn malam tadi.
Setiausaha Agung MUDA, Amir Abd Hadi menjelaskan tidak menerima sebaran jemputan termasuk menerusi surat, mesej atau email.
"Saya Setiausaha Agung parti. Kalau ada sebarang komunikasi, sudah tentu melalui saya. Tidak ada surat, mesej, email yang diterima. Kami hanya tahu ia berlangsung dari media," katanya menjawab satu perkongsian dari ciapan pengguna akaun di Twitter beliau hari ini.
Mengulas lanjut, Amir berharap sedikit taklimat diberikan kepada mereka bagi membolehkan partinya yang kini menjadi sebahagian kerajaan mengetahui sedikit perkembangan hasil dari mesyuarat berkenaan.
"Khabarnya semalam berlangsung mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan. Nampak ada logo MUDA. Tapi (MUDA) tak tahu apa-apa. Tak ada jemputan. Tak ada makluman. Tahu-tahu dah ada keputusan.
"Mungkin sekurang-kurangnya, boleh bagi taklimat hasil mesyuarat?" katanya.
ANDA MUNGKIN MEMINATI ARTIKEL INI:
Tiga jawatankuasa isu dasar, strategi dan pilihan raya dibentuk
No comments:
Post a Comment