AdSense

Tuesday, October 18, 2022

KENALI PRESIDEN DAN PENGASAS PARTI MUDA SYED SADDIQ


Pada awal tahun 2020, Syed Saddiq pernah memberi alasan bahawa dana sebanyak RM250,000 yang hilang dari peti besi rumahnya adalah milik peribadi dia serta ibu bapa yang dikumpul untuk rancangan pengubahsuaian rumah yang akan dibelinya.


Bagaimanapun, perbicaraan kes Syed Saddiq berkenaan penyelewengan dana sebanyak RM1.03 juta pada Jun 2022 termasuk sebahagian dana yang digunakan untuk membeli unit ASB atas namanya menunjukkan bahawa alasan ini adalah tidak benar.

Perbualan grup Whatsapp dari henfon dirampas dari Rafiq Razali iaitu Penolong Bendahari Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia ketika turut mendedahkan perbualan lain mengenai alasan yang akan dimaklumkan kepada pihak media bagi menutup mulut orang ramai berhubung kehilangan wang daripada peti besi itu nanti.

Syed Saddiq mengaku bahawa wang yang dicuri itu adalah dari dana PPBM tetapi mereka bincang apa alasan yang akan direka untuk tutup mulut orang ramai.

Namun pendedahan dan penjelasan ini dalam mahkamah menimbulkan kemarahan peguam Syed Saddiq iaitu Gobind Deo
Singh yang juga pemipin DAP.

"Soalan ini tidak relevan dengan kes ini dan ini  cuba menjatuhkan imej anak guam saya," tegas Gobind.

Jika mahu berpolitik pun, jangan digunakan nama ibu bapa untuk membohong serta menipu Rakyat dan jangan suruh ibu bapa memberi kenyataan palsu kepada pihak berkuasa.

Membuat laporan palsu dan memberi keterangan palsu adalah kes jenayah juga dan boleh menyusahkan ibu bapa kamu.

Dari FB Najib Razak
--
Sent from Gmail Mobile

No comments:

Post a Comment