AdSense

Tuesday, October 18, 2022

BATU PUTEH: PATUT KE BIAR PENGKHIANAT NEGARA BEBAS GEMBIRA DI BUMI MALAYSIA?


"Meskipun ada pihak beranggapan Pulau Batu Puteh yang berkeluasan saiz sebesar padang bola iaitu 8,560 meter itu tidak memiliki kepentingan ekonomi yang signifikan, namun ia mempunyai kepentingan dari sudut kedudukan strategik maritim serta terletak begitu dekat dengan Johor, iaitu 14.3 kilometer dari Tanjung Penyusop, Johor berbanding 44 kilometer dari Singapura.


Kedudukan Batu Puteh juga amat strategik, iaitu terletak di laluan utama bagi kapal-kapal dagang melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Memandangkan Batu Puteh kini menjadi hak Singapura, ini akan menimbulkan pertikaian tuntutan bertindih kawasan maritim, apatah lagi jarak Batuan Tengah milik Malaysia hanya sekitar satu kilometer daripada Batu Puteh.

Pertikaian tersebut kini menjadi lebih serius apabila laporan menyatakan bahawa Singapura telah mula menjalankan kerja-kerja penambakan di Batu Puteh, sedangkan perbatasan maritim masih lagi dalam perundingan dan belum dimuktamadkan,"

Batu Puteh sebelum ini merupakan kawasan perikanan penting bagi nelayan kita dan juga tempat mereka berteduh ketika ombak besar dan ribut. Bahkan pada ketika ini, kita sudah menerima laporan bahawa ramai nelayan-nelayan kita yang sudah dihalau keluar dari kawasan berdekatan Batu Puteh oleh pengawal pantai Singapura."

Kerajaan Johor mahu tindakan undang-undang diambil ke atas pengkhianat yang menyebabkan negara kehilangan hak dan kedaulatan terhadap Batu Puteh"

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Jun 26, 2022

"Pengkhianat Pulau Batu Puteh wajar dikenakan tindakan undang-undang"

NOTA sampingan: (Selain itu, Singapura juga berhak menuntut Zon Ekonomi Esklusif sejauh 200 batu nautika dari Batu Puteh)

Dari FB Najib Razak
--
Sent from Gmail Mobile

No comments:

Post a Comment