AdSense

Thursday, March 3, 2022

Teresa Kok ugut polis : MCA jawab tuduhan salah pemimpin DAP


Pada malam selepas Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 26 Februari baru-baru ini, Ahli Parlimen DAP Seputeh, YB Teresa Kok telah mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dalam ucapan berbahasa Mandarin ketika ceramah DAP tersebut, Teresa Kok dengan jelas mengatakan, “Anda (polis) tahulah nanti bila kami (DAP) jadi Kerajaan.”

Ucapan Teresa Kok itu turut disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial dalam talian. Selain mereka yang hadir, penonton dalam talian juga dapat mendengar dengan jelas kenyataan berbaur ugutan terhadap anggota polis yang sedang bertugas menjaga keselamatan dan ketenteraman awam pada malam kejadian.

Pihak PDRM kini sedang melakukan siasatan berhubung kenyataan ugutan tersebut setelah ia tular dan menerima laporan orang ramai.

Semalam, 2 Mac 2022, Teresa Kok tampil mengeluarkan kenyataan dengan mendakwa Barisan Nasional (BN) “membuli” Pakatan Harapan (PH) dan menuduh persembahan tarian singa anjuran penyokong BN-MCA sebagai punca ceramah DAP berlangsung lewat 30 minit.

Saya ingin menjelaskan bahawa persembahan tarian singa tersebut adalah anjuran pertubuhan NGO untuk menyambut kehadiran tetamu jemputan mereka iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong dan tetamu-tetamu kehormat yang lain. Ditegaskan juga bahawa majlis makan malam tersebut bukanlah anjuran MCA. Jadi kenapa pula Teresa Kok menuduh BN “membuli” PH?

Memandangkan ketika ini masih lagi dalam mood perayaan Tahun Baharu Cina, maka sudah tentulah penganjur mengadakan tarian singa untuk meraikan tetamu. Malah, permohonan untuk penganjuran majlis ini juga diluluskan pihak berkuasa dan dibenarkan seiring Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Keempat. MCA berterima kasih kepada penganjur kerana mengadakan majlis ini dan memberi peluang kepada MCA untuk memperkenalkan calon kami. 

Seorang lagi Ahli Parlimen DAP, YB Ngeh Koo Ham turut mengeluarkan kenyataan tidak berasas semata-mata mahu membela Teresa Kok. Beliau tidak sepatutnya mempersoalkan MCA berhubung tuduhan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) memandangkan MCA bukanlah penganjur bagi majlis tersebut. Apakah Ngeh Koo Ham juga mahu mengugut polis dengan menuduh pihak berkuasa tidak mengenakan tindakan terhadap MCA yang kononnya langgar SOP?

Saya meminta DAP agar tidak menyerang pertubuhan masyarakat Cina demi kepentingan politik. Sebaliknya pemimpin DAP ini perlu meminta maaf secara ikhlas kerana melakukan kesilapan.

Kesimpulannya isu ini jelas membuktikan Teresa Kok memang mengugut pihak PDRM. Walaupun pemimpin DAP ini menggunakan alasan tarian singa sebagai puncanya, ia tidak dapat menafikan kebenaran bahawa Teresa Kok bertindak biadap dengan mengugut polis.

Oleh yang demikian, diharapkan pemimpin DAP tidak lagi mengalih perhatian orang ramai dengan membuat pelbagai alasan demi ‘menegakkan benang basah’. Sekiranya mereka berani mengugut polis, maka mereka juga perlu berani mengambil tanggungjawab, bukannya lepas tangan dan menyalahkan orang lain.

Anggota keselamatan hanyalah melaksanakan tugas mereka mengikut undang-undang bagi memastikan perjalanan kempen PRN Johor ini berjalan dengan baik dan lancar serta melindungi orang ramai daripada penularan wabak COVID-19. Justeru itu, semua parti politik haruslah menghormati tugas anggota keselamatan dan memberi kerjasama sepenuhnya.

TAMAT

Kenyataan media 

Jurucakap MCA, 

Mike Chong Yew Chuan, 

3 Mac 2022

2 comments:

  1. Bila nak tangkap Zety dan keluarga penyamun nya...

    saya ulangggg...!!


    'Hari ini tangkap Zety dan Jho Low esokkkk PRN Bangsa Johor kami pangkah PejWang Boboi dan Tun Mahathir'

    Ada brani...!?


    kah kah kah...


    KHALAS

    ReplyDelete
  2. Rakyat bertanya Rules Of Law apa yang digunapakai untuk Zety dan keluarga penyamun ini..!?

    Apa yang rakyat boleh harapkan jika ada 'Rules Of Law' berpilih pilih dan memilih bulu untuk bertindak..!? What is so special about Zety berbanding orang lain..?

    Bekas CEO Astro sesudah subuh SPRM rampas harta bila namanya disebut di mahkamah Amerika Syarikat dlm kes 1MDB. Nama Zety bersama keluarga penyamun ini juga disebut di mahkamah yang sama di Amerika Syarikat tapi tiada tindakan undeng undeng diambil..!! Mana prinsip Rules Of Law negara ini..!?

    Ini lah yang paling paling celaka sekali, terdedah kini keluarga bekas Gabenor BNM mengenali Jho Low selama bertahun-tahun dan telah menerima sekurang-kurangnya RM700 juta daripada Jho Low untuk disembunyikan dalam akaun mereka di luar negara!

    Zeti lah yang menasihati Najib untuk membuka akaun bank atas namanya sendiri. Zety juga lah yang diarahkan oleh Najib untuk memantau akaun bank Najib untuk sebarang transaksi yang mencurigakan berkaitan dengan penerimaan dana dari luar negara.

    Agensi di bawah Zeti juga lah yang akan bertanggungjawab untuk meluluskan pemindahan dana oleh 1MDB ke akaun luar negara. Kemudiannya kita dapati telah salah diluluskan untuk dipindahkan ke akaun luar pesisir palsu dalam masa yang singkat dan dana tersebut lesap.

    Kita juga kemudian mendapat tahu bahawa suaminya adalah rakan kongsi perniagaan dan bersama-sama memiliki sebuah syarikat dengan Samuel Goh yang telah mengaku di mahkamah Singapura bahawa dia telah dibayar AS$4 juta untuk menyediakan semua akaun luar pesisir palsu untuk 1MDB memindahkan dana ke dalamnya.

    Jika bekas gabenor ini menjalankan tugasnya dengan Slogan Tun Mahathir semasa jadi PM kali ke 4 'Bersih Cekap dan Amanah', tiada transaksi yang mencurigakan akan memasuki akaun Najib.

    Malah, Najib tidak akan pernah membuka akaun bank secara khusus untuk menerima dana asing itu. Zeti juga yang telah menasihatkan beliau berbuat demikian.

    Jika bekas gabenor ini menjalankan tugasnya dengan berintegriti, tiada wang 1MDB yang hilang kerana agensi itu akan menyekat semua pemindahan asing ke akaun palsu oleh 1MDB.

    Tetapi yang paling pelik di sini ialah PDRM dan SPRM agensi yang diharapkan menjalankan tugas dengan cekap dan tuntas tewas disebabkan oleh sesuatu yang tak masuk akal gagal bertindak pantas.

    Seolah olah ada sesuatu yang menghalang Zety dikenakan tindakan, siapa yang menghalang apa yang terhalang rakyat makin jadi misteri dan tandatanya..!!

    Kalau rakyat marhaen SPRM dan PDRM begitu cepat beku dan rampas harta tetuduh.. kalau Zety dan keluarga mencuri jadi sebaliknya.. Apa special nya Zety dan keluarga di mata PDRM dan SPRM..!?

    Walaupun Zeti memainkan peranan utama dan bekas Peguam Negara Tommy Thomas mengisytiharkan bahawa "adalah merupakan pengetahuan umum bahawa Zeti dan suaminya telah membantu Jho Low dalam skandal 1MDB"

    Siasatan ke atas Zeti dan keluarganya nampaknya berjalan pada kadar yang sangat perlahan mengalahkan siput babi.

    Malah, isu ini disembunyikan dari pengetahuan umum selama bertahun-tahun sehingga ia mula dibangkitkan secara terbuka pada penghujung tahun 2020.

    Ini lah 'Nationan Embarrasment' Malaysia di mata dunia. Agensi ini tidak lagi dipandang tinggi di mata rakyat. Semua jadi hampa dan kecewa.

    Apa yang rakyat boleh harapkan pada PDRM dan SPRM jika kalau ada Rules Of Law seolah olah berpilih dan memilih bulu untuk bertindak..!? Bila nak tangkap Zety dan keluarga penyamun ini. Bila nak beku dan rampas harta Zety.

    Apa special nya Jho Low Nik Faisal Zety dan keluarga pencuri ini dan Rules Of Law celah mana yang terpakai digunakan di mata PDRM, SPRM dan AG..!?

    ReplyDelete