AdSense

Tuesday, August 31, 2021

GUAN ENG CUBA ALIH SKANDAL TEROWONG BERNILAI LEBIH RM6 BILION, TERDESAK MAIN ISU KITAR SEMULA KABOTAJ


 
Bekas menteri kewayangan main isu kitar semula semata-mata mahu mengalihkan skandal terowong bernilai lebih RM6 bilion membabitkan dirinya.



Sedangkan isu kabotaj ini sudah dijawab dengan penuh terperinci oleh Wee Ka Siong. 


Point nombor 3 membuatkan DAP senak perut. Sedas Ka Siong kasi depa.

"Namun, pusat data berada di Singapura, bukannya di Malaysia. Kita kekurangan infrastruktur data. Misalnya pada tahun 2018-2019 (zaman PH), Malaysia sibuk membazir masa dan duit untuk idea-idea lapuk seperti mahu membangunkan kereta terbang, bukannya pusat data dan revolusi industri ke-4."

Fakta sejarah takde siapa boleh sangkal. Zaman PH penuh dengan kegelapan. 

Guan Eng dan koncu-koncu DAP tak suka dasar baru Kabotaj ini sebab ia memberi manfaat kepada syarikat tempatan. Nampak DAP cukup benci pada 'buy Malaysian first' (BMF). Sebaliknya mereka dilihat menjadi pejuang kepada syarikat asing.

DAP pandang rendah pada kemahiran anak tempatan dalam kerja-kerja pembaikan kabel dasar laut. Sedangkan kemahiran dan kepakaran anak Malaysia dihargai serta diiktiraf oleh dunia apabila syarikat tempatan banyak mendapat peluang kerja di negara luar. Syarikat tempatan tidak berpeluang mendapat kerja di tanah air sendiri apabila pemimpin DAP Anthony Loke ketika menjadi Menteri Pengangkutan telah memperkenalkan pengecualian kabotaj. Ini bermakna ia membuka ruang dan peluang kepada syarikat asing. Peribahasa yang sesuai digunakan ialah 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'.

Harap pasport Guan Eng dirampas. Takut2 dia lari pula. Kalau boleh geledah rumahnya. Geledah rumah orang tuanya. Buat macam mana Najib Razak kena. Baru adil. Kita tak mahu lagi kes babitkan Guan Eng digugurkan macam kes banglo, hanya beberapa hari PH dapat kuasa tempoh hari.

Bagi yang sudah lupa skandal terowong yang membabitkan berbilion duit rakyat: 

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim Guan Eng, 60, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta, dengan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik bagi melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang, yang bernilai RM6,341,383,702.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim dituduh meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul sebagai upah, bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama, dan perbuatan itu didakwa dilakukan berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Ahli Parlimen Bagan itu juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri tersebut, yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

#copypaste 

No comments:

Post a Comment