AdSense

Sunday, June 6, 2021

TERLANJUR FITNAH PENGUSAHA TOWING / CALLMAN / LONGKAI, PENGGUNA TWITTER (SYARIKAT) MOHON MAAF TERBUKA

 
TERLANJUR FITNAH PENGUSAHA TOWING / CALLMAN / LONGKAI, PENGGUNA TWITTER (SYARIKAT) MOHON MAAF TERBUKA

Mungkin kerana terburu-buru membuat kandungan (content) tanpa usul periksa dan menyemak kesahihan berita yang sampai, pemilik akaun Twitter CARPUT (@carputapp) tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pengusaha-pengusaha syarikat logistik (perkhidmatan perlu) trak tunda (towing).
 

"Pihak CARPUT ingin memohon maaf atas ciapan Twitter "Tipu Towing Kereta" yang telah dibuat pada 4 Jun 2021. Ciapan tersebut tidak seharusnya memukul rata kesemua servis tundaan yang ada, dan sepatutnya lebih spesifik dalam penulisan ciapan kami," demikian surat atas nama Hiri Muhammad, Ketua Pegawai Operasi CARPUT bertarikh 5 Jun 2021.


Terdahulu, akaun Twitter tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati para 'claim advisor' (callman / longkai / pengusaha towing) di seluruh negara kerana bebenang (thread) yang disiarkan dilihat berunsur fitnah dan cuba memburukkan imej sebagai pemain dalam sektor logistik (perkhidmatan perlu). Tidak cukup dengan itu, nama polis turut diheret dalam ciapan berbaur hasutan tersebut, yang kini telah dipadamkan.

Jika difikirkan secara logik, kewujudan towing / claim advisor / longkai ini tidak menyalahi undang-undang dalam negara. Jutaan kenderaan atas jalan raya memiliki perlindungan insurans. Syarikat insurans juga tidak mampu untuk menunda / menguruskan kesemua kes-kes kemalangan jalan raya serta proses tuntutan insurans. 

Lantas itu kebanyakkan syarikat insurans di Malaysia menggunakan khidmat pihak ketiga iaitu pengusaha towing sebagai panel mereka untuk membantu mangsa kemalangan jalan raya membuat proses tuntutan insurans.

Menggunakan isu kitar semula seperti towing / claim advisor / longkai samseng / penipu kini tidak lagi relevan. Dengan ada teknologi telefon pintar berkamera dan kamera dashboard, gunakanlah ia sebagai bahan bukti. Jika wujud sebarang penipuan atau seumpamanya, maka buatlah laporan polis supaya pesalah dapat diheret ke muka pengadilan. Bukannya dengan cara memukul rata semua pihak yang tidak terlibat sekaligus diibaratkan seperti menabur najis ke periuk nasi mereka.

#MalaysiaMenjerit

Sumber Malaysia Menjerit
--
Sent from Gmail Mobile

No comments:

Post a Comment