AdSense

Friday, June 4, 2021

Mahathir pelik zaman dia Malaysia nak bankrap tapi zaman Muhyiddin ada RM600 bilion bantu rakyat?


Pada sidang media dalam talian semalam, Pengerusi Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat beberapa kenyataan, termasuk mengatakan bahawa beliau telah menghantar sepucuk surat peribadi kepada KDYMM Seri Paduka Agong serta mempersoalkan ke mana RM600 bilion dibelanjakan kerajaan untuk melawan pandemik COVID-19. 

Sidang media tersebut, yang diadakan setelah sekian lama Dr Mahathir menyepi, dilihat tidak lebih daripada taktik bekas Perdana Menteri itu untuk mencari sedikit publisiti murahan demi kelangsungan nyawa politik pemimpin-pemimpin PEJUANG serta parti itu sendiri. 


Bermula dengan pelbagai peruntukan dalam Belanjawan 2021 sebanyak RM322.5 bilion, kerajaan Perikatan Nasional telah melancarkan 4 pakej rangsangan susulan, iaitu PRIHATIN sebanyak RM260 bilion, PENJANA sebanyak RM35 bilion, Kita Prihatin RM10 bilion serta PEMERKASA RM20 bilion.


Asyik sibuk berpolitik mungkin faktor fakta ini tidak diambil peduli oleh Mahathir dan PEJUANG?


Peruntukan-peruntukan ini, walaupun tidak sempurna, telah membawa pelbagai manfaat kepada individu, majikan dan syarikat untuk meneruskan kehidupan mahupun urusan harian di sebalik pelbagai kekangan termasuk perintah kawalan pergerakan (PKP).


Di samping itu, kerajaan juga terpaksa berbelanja besar untuk menambah kakitangan petugas barisan hadapan, membayar elaun kerja lebih masa serta menambah pelbagai peralatan dan kelengkapan anti-pandemik, termasuk melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di mana Dr Mahathir sendiri sudah mengambil suntikan vaksinnya. 


Apakah Dr Mahathir telah dengan sengaja menutup mata terhadap semua usaha kerajaan dalam melindungi keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta mempertahankan nyawa ekonomi negara?


Dr Mahathir sepatutnya pertikai dari mana datangnya RM600 bilion kerana beliau dan pemimpin PH sebelum ini seringkali mengatakan Malaysia hampir bankrap. Entah-entah Tun M fikir RM600 bilion jatuh dari langit? 


--
Sent from Gmail Mobile

1 comment:

  1. BODOH TUN TAK BOLEH DI IKUT
    PANDAI TUN MAHATHIR LANSUNG TIADA
    FITNAH JIJIK BATUAPI RAMAI PENGIKUT
    AKHIRNYA MELUTUT DITOKONG SANG MELAYU ULTRA

    MELAYU MUDAH LUPA MANA DATANG DUIT ITU
    DIA KAN DAH JADI PM 2 KALI PASTI LAGI TAHU
    BANGAU TUA BUKAN SALAH SAYA SALAH ORANG ITU
    LAGI TAK MAMPOS SUSAH MELAYU NAK BERSATU



    #bangaupulangsuarasumbang

    ReplyDelete