AdSense

Thursday, July 2, 2020

KENALI DAP SIRI 3/5 : DAP KUAT 'WAYANG', KAKI 'U-TURN'


Pada 2012, beberapa orang ahli DAP telah menandatangani ikrar untuk menutup kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas. Antaranya ialah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Anthony Loke, M Kulasegaran, Teresa Kok dan Gobind Singh Deo.

Ya, mereka semua ini adalah pemimpin-pemimpin besar dalam DAP.


https://www.malaysiakini.com/news/488206

Mereka begitu komited membantah projek ini kerana mendakwa rakyat Pahang khususnya penduduk di Kuantan yang tidak mahu Lynas berada di negeri ini kerana sisa pepejal yang disimpan boleh memudaratkan kesihatan.

Rakyat Malaysia khususnya penduduk Kuantan pasti ternginga-ngiang ucapan Guan Eng suatu ketika dahulu yang menyifatkan Lynas sebagai loji nuklear!

Saksikan bagaimana Guan Eng menabur fitnah dan menakut-nakutkan orang ramai semata-mata mahu kuasa :

https://www.facebook.com/1002345083266329/posts/1283518188482349/?vh=e&d=n

Namun, setelah mendapat kuasa pada Mei 2018, intergriti PH khususnya DAP dan PKR tercabar apabila kerajaan mereka sendiri membuat 'u-turn' dalam Lynas.

Bila dah berkuasa, tiba-tiba DAP tiba-tiba buat 'u-turn' dengan mengatakan Lynas kini telah diiktiraf sebagai satu pelaburan yang strategik dan menguntungkan negara.

https://umno-online.my/2019/08/14/isu-lynas-mana-integriti-politik-pemimpin-ph-keputusan-kerajaan-u-turn/

Mungkin DAP terpaksa 'u-turn' sebab rakan seperjuangan mereka Yeo Bee Yin sendiri memaklumkan Keputusan Kabinet kerajaan PH ialah melanjutkan permit operasi Lynas Corp dalam mengendalikan sisa pemprosesan nadir bumi biarpun sebelum ini Lynas menjadi isu yang diperjuangkan oleh PH.

Bantah punya bantah, tiba-tiba u-turn sampai kena buat mesyuarat mengenai Lynas.

DAP dalam dilema apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad cenderung untuk memperbaharui lesen Lynas kerana bimbang isu itu menjejaskan pelaburan asing.

https://www.malaysiakini.com/news/487583

Bukan isu Lynas sahaja buat DAP u-turn, tapi isu lantikan politik juga buat DAP u-turn.

Siapa tak tahu, masa jadi pembangkang, PH janjikan tiada lantikan politik jika mereka mentadbir, tapi apa dah jadi selepas jadi kerajaan?

Ramai pemimpin DAP mendominasi jawatan dalam GLC.

1. Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack, dilantik sebagai Pengerusi Malaysian Timber Industry Board (Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, MTIB) pada Ogos 2018.

2. Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada November 2018.

3. Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin, dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Labuan Port Authority (Lembaga Pelabuhan Labuan, LPA) pada Februari 2019.

4. Ahli Parlimen Ipoh Timor, Wong Kah Woh, dilantik sebagai Pengerusi Sustainable Energy Development Authority (Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari, SEDA) pada Julai 2019.

5. Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau, dilantik sebagai Pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, NIOSH) pada Oktober 2019.

6. Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, dilantik sebagai Pengerusi Port Klang Authority (PKA) (Lembaga Pelabuhan Klang, PKA) pada Mei 2019.

7. Dr John Brian Anthony, yang merupakan Ahli Jawatankuasa CEC DAP dan Ahli Jawatankuasa DAP Sarawak, dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Bintulu Port Authority (Lembaga Pelabuhan Bintulu, BPA) pada November 2018.

8. Jeffrey Chew Gim Eam, yang merupakan mantan Penolong Bendahari DAP Pulau Pinang, dilantik sebagai Pengerusi Penang Port Commission dan Pengerusi Penang Port Commission Teluk Ewa (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Teluk Ewa, PPC dan PPC Teluk Ewa) pada Mac 2019.

https://suaramerdeka.com.my/antara-bisu-dap-lantikan-politik-glc-dan-perpaduan-melayu-perikatan-nasional/

Bukan itu sahaja, individu itu dianggap sebagai 'hero' dengan gelaran 'Superman Hew', turut dilantik menjadi ketua pegawai eksekutif Majlis Perniagaan China-Malaysia (MCBC).

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/01/30/bekas-ahli-dap-kontroversi-dilantik-ceo-majlis-perniagaan-china-malaysia/

Mungkin itu sebagai 'balasan' kerana Hew Kuan Yau begitu berani menghasut orang Cina dengan kenyataan "Melayu skrew Melayu"? "Tunggang kuda (Mahathir) untuk rampas Putrajaya"?

https://www.facebook.com/lim.siansee/videos/1801452286740224/

DAP juga mencuba menutup mata rakyat kononya mereka merupakan sebuah parti yang 'bersih, suci dan telus'.

Kalau betul DAP begitu 'bersih', macam mana Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng boleh terpalit dengan isu rasuah membeli banglo mewah?

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kronologi-kes-pembelian-banglo-oleh-ketua-menteri-pulau-pinang-109627

(Untuk makluman : Kes ini digugurkan hanya beberapa bulan PH berkuasa. Semua terkejut termasuk SPRM.)

Kalau DAP begitu 'bersih', macam mana enam kertas siasatan dibuka berkaitan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang?

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/537184/sprm-buka-6-kertas-siasatan-projek-terowong-dasar-laut-pulau-pinang

(Untuk makluman, pentaksub DAP kata Guan Eng menang di mahkamah. Hakikatnya, kes tersebut 'menang tanpa bicara'. Penulis blog Raja Petra yang disaman Guan Eng berada di UK sekian lama. Kenapa Guan Eng tak failkan writ di UK? Dan paling best, DS Najib dan Presiden MCA DS Wee Ka Siong juga antara yang lantang persoalkan isu penyelewengan ini. Kenapa Guan Eng tak saman Najib dan Ka Siong? DS Najib siap cabar lagi Guan Eng saman dia. Takut apa bossku?)

Adakah DAP begitu 'bersih' sehingga tersebarnya surat campurtangan Lim Guan Eng mengarahkan Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas membatalkan arahan pembekuan ke atas 4 akaun bank milik seorang taikun hartanah?

(Untuk makluman, akaun bank taikun tersebut sedang disiasata oleh SPRM. Amboi suka-suka saja Guan Eng melangkui kuasa SPRM? Salahguna kuasa sebagai Menteri Kewangan ke? Adakah fungsi Menteri Kewangan macam Guan Eng ini kerjanya membebaskan kes-kes SPRM? Dulu kata badan bebas seperti kehakiman, pihak berkuasa dan Jabatan Peguam Negara tidak akan dicampuri unsur-unsur politik?)

Lepas berkuasa, terbongkarlah sikap dan wajah sebenar DAP.

Guan Eng dan DAP dilihat tidak peduli sama ada kes itu sedang disiasat, kes mahkamah atau akaun pembekuan AMLA.

https://sabahkini2.com/en/news/2840/terbukti-lim-guan-engdr-m-salah-guna-kuasa-arah-tommy-thomas-shukri-sprm-batal-beku-akaun-taikun-dap/view

Sekarang, rakyat dah tau perangai sebenar DAP. Pura-pura parti mesra kaum untuk kepentingan politik sendiri. Bila dah berkuasa, segala janji hilang!

Terima kasih kerana mengikuti artikel bersiri KENALI DAP ini. Nantikan siri ke 4 dengan tajuk, "Orang Cina mula tolak DAP".

Sudah baca ke belum? :

KENALI DAP SIRI 1
BAGAIMANA DAP BERJAYA TAWAN MALAYSIA PRU14
https://www.facebook.com/KeykokLau/posts/1944967495638569

KENALI DAP SIRI 2
KERAKUSAN DAP BILA MENDAPAT KUASA
https://www.facebook.com/123238147811522/posts/1945858082216177/

#tolakdap
#tolakrasis
#bersamamca

DARI FB Lau Chin Kok 刘振国

No comments:

Post a Comment