AdSense

Friday, March 22, 2024

Negara Sekular : MCA vs DAP

 


Penulis tertarik dengan apa yang berlaku dalam Dewan Negara semalam 21 Mac 2024.


Kekecohan bermula apabila Senator Dato' Sri Ti Lian Ker (BN-MCA) mengambil bahagian dalam Perbahasan Titah Diraja. 


Beliau menyentuh tentang zaman penubuhan awal Malaysia di mana beliau menyebut;

"Sebenarnya negara Malaysia telah diasaskan atas premis negara ini adalah sekular, multiracial dan inklusif."


Bila dengar je perkataan sekular, YB Senator Dato' Arman Azha bin Abu Hanifah (BN-UMNO) bingkas bangun.


Kata beliau Malaysia bukan negara sekular tetapi Islam merupakan Agama Rasmi Persekutuan dan beliau menegaskan bahawa hujah beliau adalah berdasarkan Perlembagaan. (Beliau post di TT dan setakat artikel ini ditulis, telah mencapai lebih 190k tontonan).


Baik, jika diperhatikan di sini, Arman betul apabila kata Agama Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan dan memang ia termaktub dalam Perlembagaan.


Manakala Ti Lian Ker pula, sama sekali tidak menafikan bahawa Islam itu Agama Rasmi Persekutuan.


Jika diteliti, perbahasan Ti Lian Ker adalah merujuk kepada latar belakang zaman awal pemerintah Malaysia. Sebab itu beliau sebut 3 perkataan ini, "sekular, multiracial dan inklusif."


Menurut penulis sohor Mohsin Abdullah;


"Seperti “liberal”, pada ramai orang Melayu istilah “sekular” seakan carutan. “Dirty word”. Sekular menurut pandangan ramai Melayu membawa erti tidak Islam. Lalu mesti dijauhi."


https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2023/10/23/malaysiaku-ini-negara-islam-atau-sekular/


Pada 29 Mac 2023, Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil ada menulis dalam ruangan rencana Berita Harian. Katanya; 


"Meskipun Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman pernah menjelaskan dalam sesi Parlimen, negara ini ialah negara sekular dan peruntukan Islam dalam Perlembagaan hanya untuk tujuan rasmi negara, namun kenyataan beliau tidak sama sekali menjejaskan kedudukan sebenar Perlembagaan yang tidak menyebut perkataan sekular."


https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2023/03/1083225/salah-faham-status-malaysia-negara-islam-sekular-perlu


Sebelum itu, pada 18 Jun 2018, Pensyarah Pusat Citra, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Nazri Muslim kata;


"Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj pada mulanya menyebut Tanah Melayu sebagai negara sekular, tetapi telah mengubah pandangan beliau pada 1984 dengan mengatakan bahawa Malaysia bukan negara Islam, tetapi bukan negara sekular secara mutlak."


https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/06/438842/isu-negara-islam-sekular-kembali-dibahaskan


Jadi, penulis merasakan tiada kesalahan dalam ucapan perbahasan Ti Lian Ker dan beliau terbukti bercakap berlandaskan fakta serta penyelidikan.


Sepertimana yang dinyatakan di atas, Arman juga betul dengan mengatakan Islam Agama Rasmi bagi Persekutuan dan memang ia terkandung dalam Perlembagaan. 


Namun, Arman dari UMNO yang kini bersekutu dengan DAP perlu menerima hakikat bahawa rakan barunya itu masih belum menggugurkan agenda Negara Sekular dalam parti DAP.




Apabila orang yang sama, iaitu Ti Lian Ker termasuk pemimpin UMNO Datuk Nur Jazlan Mohamed mendesak DAP menggugurkan agenda Negara Sekular dan Malaysian Malaysia yang menjadi impian serta ideologi parti DAP, ini jawapan boss DAP;


'Tak perlu gugur agenda Negara Sekular, Malaysian Malaysia' - DAP

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/1147629/tak-perlu-gugur-agenda-negara-sekular-malaysian-malaysia-dap



Sebagai rakan baru, Arman sepatutnya memujuk DAP supaya menggugurkan agenda Negara Sekular. Persoalannya, berani ke tegur DAP yang memiliki 40 kerusi Parlimen?


Suaralensa

22 Mac 2024


No comments:

Post a Comment