AdSense

Tuesday, February 18, 2020

Kertas Putih : PH dicabar tunjuk bukti BN rompak duit Felda


Kertas putih serta laporan forensik FELDA yang dibuat oleh kerajaan PH ada di sini:

Tolong tunjukkan bahagian mana yang kata BN rompak duit RM8 bilion FELDA seperti didakwa PH sebelum PRU14?

Kertas putih juga jelaskan bahawa bahagian besar hutang RM8 bilion FELDA sebenarnya dipinjam semula kepada 84,388 peneroka FELDA (page 17-19) untuk Pembesaran Rumah, Skim Insentif Usahawan, Institusi Pengajian Tinggi, Komputer dan penanaman semula.

Kertas putih juga jelaskan bahawa bahagian besar wang diperolehi oleh FELDA dari penyenarian FGV adalah dibayar kepada peneroka, koperasi peneorka, sumbangan kepada negeri, Pinjaman Pembesaran Rumah Peneroka dan sebagainya. (page 28), namun PH gelar bayaran-bayaran ini adalah "penggunaan tidak produktif" dalam kertas putih mereka.

Kongsi keuntungan dengan peneroka pun digelar penggunaan tidak produktif ke?

Pada bulan April 2019 lalu, FELDA diarahkan untuk membuat laporan polis terhadap saya bahawa saya telah menipu wang FELDA untuk membeli syarikat ladang Indonesia Eagle High Plantation sehingga mereka mengalami kerugian besar.

Masa itu, saya dedahkan sebahagian dari kertas putih Felda ini untuk bela diri.

Tetapi kerajaan PH amat marah kerana saya telah menbongkarkan penipuan mereka sehingga mahu ambil tindakan saya dalam Dewan Rakyat.

Sekarang, Rakyat boleh baca keseluruhan kertas putih ini tentang pembelian Eagle High:

- Bukan wang FELDA yang digunakan untuk membeli EHP tetapi pinjaman dari Kementerian Kewangan dengan kadar faedah kos bon kerajaan + 0.15% (sekitar 3.5% + 0.15%) untuk tempoh 7 tahun.

- Terdapat "Put Option" dalam perjanjian pembelian di mana FELDA boleh mendapat semula pelaburan dan keuntungan dengan kadar faedah 6% setahun selepas 5 tahun jika tidak mahu teruskan untuk memiliki saham Eagle High.

- Ini bermakna ianya bukan wang FELDA yang digunakan dan FELDA akan tetap untung dengan pembelian ini kerana pulangan dari Put Option itu adalah lebih tinggi berbanding dengan kos pinjaman FELDA dari kerajaan. Oleh kerana Put Option ini, harga saham EHP masa dibeli tidak penting.

Dengan itu, dimananya bahagian yang Najib tipu duit FELDA dan FELDA rugi kerana membeli Eagle High?

Sebab itu, laporan polis FELDA pada bulan April 2019 itu tidak ke mana.

Sebab itu juga, PH amat takut untuk tunaikan janji manifesto mereka untuk melaksanakan RCI untuk FELDA setelah bertahun-tahun tuduh BN merompak dan menyeleweng FELDA.

Bagaimanapun, Tan Sri Isa Samad telah didakwa menerima rasuah RM3 juta (bukan berbilion-bilion) dalam kes FELDA walaupun pihak yang setiap kali meminta, mengirim salam dan mengambil wang tersebut adalah setiausaha politik PM ke-7.

Pihak sebenarnya yang tipu FELDA adalah PH yang menipu peneroka bahawa hutang mereka akan dimansuhkan bila menang PRU14.

No comments:

Post a Comment