AdSense

Friday, January 11, 2019

PH DAP acah acah jadi pejuang Orang Asli


Esok, 12 Januari 2019 akan berlangsungnya penamaan calon bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands.

Menurut laporan-laporan berita tempatan sejak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kekosongan kerusi tersebut, Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP dilihat cukup kerap turun padang.

Sehingga membuatkan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang 'terperangkap' di tengah hutan ketika malam sambutan Tahun Baharu 2019.

Bapa kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng itu turut menceritakan 'detik-detik cemas' ketika hari kejadian. Kononnya kehidupan di sana dipinggirkan daripada pembangunan. Kit Siang juga mendakwa beliau terputus hubungan dengan dunia luar ketika berada di sana.

Peristiwa ini boleh diibaratkan seperti anda berada di tepi pantai. Pengawal keselamatan sudah mengibarkan bendera merah, bermakna anda tidak boleh mandi di pantai tersebut kerana faktor cuaca. Namun anda tidak mengendahkannya. Apabila lemas, pengawal keselamatan pantai pula akan dipersalahkan.

Selain itu, Kit Siang juga mungkin tidak cukup mengenali masyarakat Orang Asli di dalam negara ini. Untuk makluman Kit Siang, mereka bukanlah dipinggirkan atau dibiarkan daripada arus pembangunan. Sebaliknya, pembangunan semata-mata bukanlah keutamaan mereka.

Misalnya dahulu, kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan mereka rumah tetapi masyarakat Orang Asli tetap memilih kediaman asal mereka. Bagi mereka, ia lebih 'semula jadi'. 

Justeru itu, sebelum Kit Siang cuba menawan Cameron Highlands dengan membawa masuk bendera DAP, adalah lebih baik beliau mendalami dahulu kehidupan Orang Asli.

Pelajari adab dan sentiasa bersopan santun. Tindakan calon DAP M. Manogaran yang memohon maaf terhadap keceluparan sendiri berhubung kenyataan 'Melayu tak beli kuih Orang Asli' wajar dijadikan pengajaran. Jangan pula PH menyalahkan orang lain termasuk pengamal media berhubung ucapan M. Manogaran itu.

Menyentuh tentang perbuatan menyalahkan orang lain atau tuding jari ini, pemimpin PH juga mungkin boleh menonton video seorang senator Amerika Syarikat, Marco Rubio.

Sekitar bulan Mei 2018, beliau memberikan mesej bahawa kerajaan yang menang pilihan raya perlu terus komited menggalas tanggungjawab sebagai pemerintah. Bukannya asyik bermain politik sepanjang masa.

Ini pautan video tersebut :

Suka atau tidak, pemimpin PH perlu akui bahawa sejak menang Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) pada Mei 2018 lalu, mereka asyik menuding jari kepada kerajaan terdahulu sehingga terlupa untuk menunaikan tanggungjawab kepada rakyat termasuk menunaikan janji-janji manifesto PH.

Sekiranya PH benar-benar ikhlas memperjuangkan nasib Orang Asli tanpa mengira fahaman politik, kenapa tidak turun padang sejurus mendapat kuasa pada Mei 2018?

Seandainya kerusi parlimen Cameron Highlands tidak kosong, adakah nama "Orang Asli" akan meniti di bibir pemimpin PH?

Jika janji manifesto PRU14 pun mereka mungkiri, adakah janji yang ditabur dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands ini akan ditunaikan?

No comments:

Post a Comment