AdSense

Friday, January 18, 2019

Kenapa #bossku #maluapabossku @NajibRazak ?


Fenomena #MaluAperr #bossku

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa maksudnya ungkapan tersebut dan kenapa ia menjadi viral?

Adakah ia ada kaitan dengan unsur politik? Trademark kebangkitan Najib Razak / Barisan Nasional?

Tidak. Ia bukan sekadar isu politik.



Sebaliknya cenderung ke arah sanjungan satu kumpulan kecil anak muda terhadap seorang ayah / pemimpin / negarawan / otai

Bo55ku - Angka 55 adalah nombor bertuah dan sinonim dengan pelumba MotoGP negara, Hafiz Syahrin. Top 10 tu!


Budak-budak muda (khususnya pencinta dua roda) begitu kagum dan menjadikan Hafiz sebagai idola. Beliau bukan sahaja mengharumkan nama negara tetapi juga memiliki perwatakan yang baik.

Selain perangai gila-gila dan suka menjelir lidah, beliau juga tak merokok dan suka berdakwah dengan hashtag #AkhiratDiDepan


Sementara seorang lagi anak muda dikenali dengan nama IG nya Ron Kamisan. Anak muda stylo berambut panjang ni taukeh port anak muda di Kuala Lumpur iaitu Lepaking. Lokasi di Jalan Gombak.


Kalau korang nak tahu, tapak ni dulu terbiar je. Tapi inisiatif budak-budak muda seperti Ron ni telah mengubah imej kawasan tersebut apabila menjadikan ia sebagai port lepak yang menggunakan kontena. Penulis pernah datang kat sini dan makanan yang dijual memang sedap dan lain daripada yang lain. Korang kena datang.

By the way, kalau korang fikir Ron ni Pemuda UMNO korang silap. Semasa PRU14 Ron banyak mempromosikan Tun Mahathir dan Pakatan Harapan.



Pelik? Tiada apa yang pelik dan tiada apa yang mustahil. Pemerintahan PH sepanjang 8 bulan ni korang boleh nilaikan sendiri.

Ok apa kaitannya dengan Najib?

Bagi penulis, mereka ini adalah kroni Najib. Hafiz dan Ron antara kroni-kroni Najib. Walaupun pemuda seperti Ron menyokong PH. Mereka ini merasakan Najib sebagai seorang ayah yang membuka laluan kepada kejayaan mereka. Kroni Najib adalah rakyat, bukan taikun-taikun atau anak-anak yang bilionair.



Ini bukanlah tulisan politik tetapi mahu mengajak pembaca membuat penilaian sendiri dan berfikir, kenapa anak-anak muda ini mengangkat kembali Najib menerusi fenomena Bossku.

Penulis sudah tua.

Suaralensa
18 Januari 2019


No comments:

Post a Comment