AdSense

Tuesday, July 31, 2018

UMNO akan turun ke jalanraya bantah jika terbukti SST lebih parah dari GST - Annuar Musa


UMNO tidak akan berdiam diri jika terbukti kesan perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan ( SST) oleh kerajaan Pakatan Harapan mulai 1 September ini beri kesan lebih parah pada rakyat termasuk kenaikan harga barang berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).


Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa kata parti itu bukan sahaja akan membantah diperingkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara malah akan turun ke jalanan untuk tujuan itu.

”Kalau kita ada kuasa dan bilangan di Dewan Negara kita akan halang di Dewan Negara,”katanya.

Beliau menegaskan demikian dalam sidang akhbar di ibupejabat UMNO ketika diminta mengulas mengenai pendirian UMNO berhubung perlaksanaan SST untuk ganti GST mulai 1 September.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh,Kelantan berkata,” bila datang SST harga tak turun seperti mereka janjikan ..maka kesusahan rakyat itu tidak akan kita biarkan.”

Beliau memberitahu cuba bayangkan di seluruh dunia kini 167 negara yang guna sistem cukai GST dan cuma 20 negara yang guna SST.

Katanya Malaysia adalah negara tunggal di seluruh dunia yang berpatah balik dari GST ke SST.

Beliau mengingatkan bahawa 20 negara yang gunapakai SST itu terdiri dari kumpulan negara miskin seperti di Afrika dan Carribean.


 ”Kita sepatutnya sertai negara negara maju…kita ( sebaliknya) terjun balik masuk dalam 20 negara miskin kerana nak popular dan dapat undi pilihanraya,”katanya.

Baginya kutipan Tabung Harapan untuk bantu bayar hutang negara adalah tidak wajar.”Nak kutip dari rakyat ( setelah) kita buat keputusan salah (patah balik guna SST dan kurang pendapatan negara),”katanya.

Annuar mempertikaikan dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng perbezaan RM21 billion dari kutipan GST adalah hadiah kepada rakyat.

”Saya nak tanya Guan Eng tunjuk rakyat mana yang dapat hadiah itu…kalau hadiah RM21 billion rakyat rasalah…(ini) BR1M terpotong…bantuan nelayan terpotong..biasiswa MyBrain terpotong,”katanya.

”Hutang mereka dengan FELDA tak bergerak…harga barang di kedai sama...mana hadiah yang Menteri Kewangan cakap...bunyi besar RM21 billion,”katanya.


 Annuar dakwa gara gara tindak tanduk kerajaan Pakatan Harapan sejak ia berkuasa negara kini sudah kehilangan hampir RM30 billion.

Katanya sejak langkah sifar GST selama 4 bulan kerajaan sudah hilang pendapatan RM14 billion.

Menurutnya campurtangan politik keatas Khazanah sahaja satu hari kerajaan hilang RM2 billion di kaunter kaunter berkaitan dengannya di bursa saham.

Selain itu kenyataan kenyataan tidak bertanggongjawab Menteri Kewangan dan sebagainya yang sebut angka angka bersifat politik menyebabkan RM11 billion lagi hilang di bursa saham.

”Kalau keadaan ini berterusan apa nak jadi pada ekonomi negara pada penghujung tahun.Ini belum lagi  soal harga sawit yang merudum ( ekoran China beli sawit dari Indonesia) kerana intimidasi politik kerajaan Pakatan Harapan terhadap kerajaan China.

“Sudahlah hutang peneroka tidak dapat dikurangkan…peneroka kini terbeban sawit rendah.Ini bukan benda kecil,”kata Annuar.- 30/7/2018

AGENDA DAILY
http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/umno-akan-turun-ke-jalanraya-bantah-jika-terbukti-sst-lebih-parah-dari-gst-annuar-musa.html

No comments:

Post a Comment