Kalau nak tengok pemimpin yang betul-betul mahu berkhdimat kepada rakyat, perhatikan gelagat mereka pada musim pilihanraya.
Tengok samada pemimpin itu masih kekal dalam kawasannya atau main lari-lari ke kawasan lain.
Ambik contoh kawasan Parlimen Gelang Patah. Selepas Lim Kit Siang mendapat mandat pada PRU13, beliau dikatakan sering 'hilang dari radar'. Rakyat Gelang Patah menjadi tak tentu arah. Macam pelajar sekolah yang guru kelasnya cuti bersalin.
Begitu juga dengan Kluang. Liew Ching Tong dikatakan mahu berhijrah ke Ayer Hitam. Namanya dijulang oleh Lim Kit Siang sebagai calon Pakatan Harapan di Ayer Hitam pada PRU14. Muka Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor itu juga sudah dicetak pada banner dan digantung di pejabat parti pembangkang di bandar Ayer Hitam.
Adakah pemimpin seperti ini mahu diberikan kepercayaan untuk mentadbir di satu-satu kawasan? Sia-sia saja mandat yang diberikan pengundi kepada Kit Siang di Gelang Patah dan Chin Tong di Kluang. Pemimpin seperti ini bukannya mahu membawa perubahan yang lebih baik atau membangunkan serta memperjuangkan nasib rakyat sebaliknya sekadar kepentingan politik peribadi.
Jauh berbeza dengan cara pemimpin Barisan Nasional. Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong misalnya, sentiasa meletakkan kepentingan rakyat pada tempat tertinggi mengatasi kepentingan peribadi.
"Buat apa nak berhijrah? Saya anak jantan. Saya nak berkhidmat kepada rakyat.
"Kali pertama saya menang, mendapat mandat dan diberi kepercayaan rakyat adalah di sini, Ayer Hitam. Jadi saya akan kekal berdiri di sini.
"Seperti pepatah Melayu ada menyebut, 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung."
Demikian kata Wee Ka Siong ketika menghadiri Karnival Ayer Hitamku Hebat di Bandar Ayer Hitam pada 14 April 2018 baru-baru ini.
Kata-kata Wee Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA itu jelas merujuk kepada pemimpin Pakatan Harapan khususnya DAP yang cukup gemar mempermainkan mandat rakyat.
Ketika ditanya mengenai mimpi Chin Tong yang mahu lari dari Kluang ke Ayer Hitam, Ka Siong menyambutnya dengan tenang. Katanya ini adalah satu sistem demokrasi. Siapa saja boleh bertanding di mana-mana kawasan. Namun pada akhirnya pengundi pasti menilai setiap calon yang bertanding. Bagaimana track record seseorang pemimpin itu pastinya dinilai pengundi.
Untuk makluman, Wee Ka Siong sudah berkhidmat di Ayer Hitam sejak tahun 2004 lagi. Sudah tiga penggal, Ayer Hitam kelihatan bertambah maju. Ekonomi di sini bakal bertambah rancak lagi apabila projek pelebaran jalan dari Yong Peng ke Johor Bharu akan dilaksanakan sekiranya Barisan Nasional mendapat mandat pada PRU14 nanti.
Antara janji Wee Ka Siong ialah mahu melahirkan lebih ramai lagi usahawan yang berjaya dalam kalangan anak Ayer Hitam.
#StrongerTogether
Tengok samada pemimpin itu masih kekal dalam kawasannya atau main lari-lari ke kawasan lain.
Ambik contoh kawasan Parlimen Gelang Patah. Selepas Lim Kit Siang mendapat mandat pada PRU13, beliau dikatakan sering 'hilang dari radar'. Rakyat Gelang Patah menjadi tak tentu arah. Macam pelajar sekolah yang guru kelasnya cuti bersalin.
Begitu juga dengan Kluang. Liew Ching Tong dikatakan mahu berhijrah ke Ayer Hitam. Namanya dijulang oleh Lim Kit Siang sebagai calon Pakatan Harapan di Ayer Hitam pada PRU14. Muka Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor itu juga sudah dicetak pada banner dan digantung di pejabat parti pembangkang di bandar Ayer Hitam.
Adakah pemimpin seperti ini mahu diberikan kepercayaan untuk mentadbir di satu-satu kawasan? Sia-sia saja mandat yang diberikan pengundi kepada Kit Siang di Gelang Patah dan Chin Tong di Kluang. Pemimpin seperti ini bukannya mahu membawa perubahan yang lebih baik atau membangunkan serta memperjuangkan nasib rakyat sebaliknya sekadar kepentingan politik peribadi.
Jauh berbeza dengan cara pemimpin Barisan Nasional. Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong misalnya, sentiasa meletakkan kepentingan rakyat pada tempat tertinggi mengatasi kepentingan peribadi.
"Buat apa nak berhijrah? Saya anak jantan. Saya nak berkhidmat kepada rakyat.
"Kali pertama saya menang, mendapat mandat dan diberi kepercayaan rakyat adalah di sini, Ayer Hitam. Jadi saya akan kekal berdiri di sini.
"Seperti pepatah Melayu ada menyebut, 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung."
Demikian kata Wee Ka Siong ketika menghadiri Karnival Ayer Hitamku Hebat di Bandar Ayer Hitam pada 14 April 2018 baru-baru ini.
Ketika ditanya mengenai mimpi Chin Tong yang mahu lari dari Kluang ke Ayer Hitam, Ka Siong menyambutnya dengan tenang. Katanya ini adalah satu sistem demokrasi. Siapa saja boleh bertanding di mana-mana kawasan. Namun pada akhirnya pengundi pasti menilai setiap calon yang bertanding. Bagaimana track record seseorang pemimpin itu pastinya dinilai pengundi.
Antara janji Wee Ka Siong ialah mahu melahirkan lebih ramai lagi usahawan yang berjaya dalam kalangan anak Ayer Hitam.
#StrongerTogether
No comments:
Post a Comment