AdSense

Tuesday, April 17, 2018

KECOH! 'Pemandu teksi' masa program bersama PM tu sebenarnya jentera parti politik


Ramai sangat pemandu teksi semasa Majlis Penyerahan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia tempoh hari, 13 April 2018.


Biasalah, kata orang dalam setandan kelapa tak semuanya elok. Macam anak Mahathir, tak semuanya lurus bendul macam Mukhriz. Ada juga yang pendokong LGBT dan liberal.

Kalau ikut laporan lidah rasmi pembangkang, pemandu teksi marah dan mengamuk sebab tak dapat kad bantuan tersebut.

Namun hasil risikan penulis mendapati, kejadian itu sebenarnya sudah dirancang oleh pihak yang ada kepentingan politik.

Garisan keselamatan sengaja dilanggar untuk mencetuskan suasana kekecohan. Sama seperti berlaku di KL Sentral suatu ketika dahulu. Seorang lelaki berbaju kuning melanggar garisan keselamatan dengan meluru agresif ke arah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu sedang melakukan walkabout mengedarkan jalur gemilang, sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.



Apa lagi, kecohlah. Sudah tentu pasukan keselamatan menghalangnya. Tapi lelaki tersebut bersama kumpulannya menjerit "Kami rakyat Malaysia, kami cuma nak berjumpa dengan Perdana Menteri kami." Walhal pada hari kejadian, lebih 1000 orang awam elok saja berjumpa dengan Najib. Bersalaman dan bergambar.

Jelas skrip ini diulangsiar oleh pemandu teksi. Maaf, bukan pemandu teksi tapi sebenarnya jentera parti pembangkang. Contohnya si Kamal Pers1M. Sekarang dah tukar nama kepada Kamal PB Maju. Kalau tengok akaun Facebook dia memang jelas totok pembangkang. Dia juga admin page Dunia Teksi. Page yang banyak menghentam kerajaan dan menjilat Pakatan Pro DAP.


Sudah tentu mereka claim sebagai pemandu teksi. Macam lelaki berbaju kuning tadi, mereka claim mereka 'rakyat Malaysia'. Hakikatnya, ramai lagi pemandu teksi (bukan jentera parti politik) yang bertamadun. Malah mereka setia mengiringi Najib sampai ke pintu keluar dewan bila majlis bersurai.

Mujur jurugambar Agenda Daily ada di tempat kejadian. Dapatlah jadikan bukti keadaan sebenar. Kalau ikut apa yang disebarkan di media sosial oleh jentera parti politik pembangkang ini, maka pastinya kita terpedaya dan tersalah tanggapan keadaan sebenar yang berlaku.


Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga pantas dengan kenyatan medianya menjelaskan situasi sebenar. Baca di SINI

So? Nilaikan sendiri. Mereka sering tuduh penyokong kerajaan sebagai pemakan dedak. Adakah senario tempoh hari pemandu teksi maaf jentera parti pembangkang menerima dedak untuk bikin kecoh?

#Samseng


No comments:

Post a Comment