Terkejut, tak sangka dan terharu. Itulah apa yang dirasa oleh hadirin yang berada di Bukit Jalil tadi. Penulis yakin dan percaya, rakyat Malaysia yang menonton di televisyen dan media sosial juga berasakan benda sama.
Penulis dapat merasakan pemimpin dan penyokong Pakatan Pro DAP tersedak dan tercengang apabila menonton Pelancaran Manifesto Barisan Nasional tadi.
Sebagai sebuah kerajaan yang memiliki pengalaman dan trek rekod yang baik, Aku Janji BN ini mampu ditunaikan. Ia dibuat dengan penuh teliti dan profesional. Bukannya tergesa-gesa dan tidak masuk akal seperti maninfesto pakatan.
Lebih tersentuh apabila manifesto ini dibuat demi manfaat rakyat secara holistik atau menyeluruh. Selari dengan prinsip yang dipegang Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu NO ONE LEFT BEHIND.
Penduduk bandar, luarbandar, wanita, golongan berpendapatan rendah, pelajar, usahawan, mahasiswa, golongan belia dan juga kanak-kanak diambil berat.
Bukan itu saja, manifesto BN ini juga menitikberatkan soal ekonomi, pendidikan, kesejahteraan hidup rakyat, keharmonian, keselamatan, perpaduan dan juga pembangunan modal insan menerusi pemantapan agama dan moral.
Berani ke Pakatan Pro DAP secara terbuka memperjuangkan kesemua perkara itu? Mampukah Pakatan memperjuangkan nasib rakyat Sabah dan Sarawak? Mampukah pemantapan agama dan moral dilaksanakan?
Justeru itu, rakyat seharusnya dapat menilai mana satu lebih baik. BN yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat atau Pakatan Pro DAP yang kita semua maklum bercelaru sepanjang masa.
Nak tahu apa MANIFESTO BARISAN NASIONAL UNTUK PRU14 INI ? Klik pada pautan :
https://www.najibrazak.com/bm/manifesto-pru14/
No comments:
Post a Comment