Ada yang beranggapan bahawa Transformasi Nasional 2050 (TN50) merupakan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 'membuang' Wawasan 2020 iaitu ilham bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Walhal ia merupakan debat atau pandangan emosi tanpa asas. Fikirkan secara logik, sekarang sudahpun tahun 2017 bermakna ada baki lebih kurang 3 tahun saja lagi. Apakah halatuju Malaysia sekadar merangkumi tempoh singkat iaitu 3 tahun?
Hendak mengatakan Wawasan 2020 tidak berjaya tak boleh juga. Mengamuk 'geng bunga' nanti. Nak kata berjaya 100% juga tak boleh kerana masih ada yang tidak tercapai. Apa yang tercapai dan tidak dalam Wawasan 2020? Apa yang ada dalam Wawasan 2020?
Mungkin ada generasi hari ini khususnya golongan muda tidak tahu langsung tentang kandungan Wawasan 2020. Mungkin mereka hanya ingat ia merupakan sebiji kapsul yang ditanam oleh Tun M sekaligus mengundang keterujaan ramai ala-ala filem fantasi.
Maksud di sini, Wawasan 2020 boleh kita andaikan untuk generasi berusia 40-50 tahun hari ini (lebih kurang seusia dengan anak Tun M, Mukhriz Mahathir). Sementara TN50 untuk golongan muda berusia 1tahun - 30an hari ini.
Sudah tentu generasi hari ini memerlukan kesegaran yang baharu. Apa yang lebih penting, TN50 jauh berbeza dengan Wawasan2020.
Wawasan 2020 bermula daripada 'atas' (pemerintah) turun ke 'bawah' (rakyat). Sebaliknya TN50 pula mendapatkan idea rakyat kepada pemerintah (bawah ke atas). Ini lebih baik kerana seluruh masyarakat berhak memainkan peranan masing-masing dalam mencorak halatuju negara.
Pada 19 Januari 2017 lalu, Dialog Perdana TN50 berlangsung dengan jayanya di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Sesi dialog yang dihadiri sendiri Najib dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin bersama menteri-menteri kabinet itu padat dengan pandangan bernas.
Semalam, sesi dialog diteruskan pula di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan dengan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Isu pendidikan, ekonomi, institusi agama, perpaduan kaum dan ekstremis agama merupakan isu utama yang mendominasi sesi dialog tersebut.
Menyebut tentang TN50, ia ternyata mendapat respon baik daripada ramai pihak. Bukan sahaja golongan muda yang mahukan suara mereka didengari dan mendapat perhatian. Tetapi juga mendapat reaksi dalam kalangan pemimpin dan parti-parti politik.
Bagi MCA umpamanya, Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan bahawa pihaknya (MCA) bertekad untuk membantu kerajaan merealisasikan halatuju Malaysia dalam misi TN50.
Kenyataan Liow ini bukan cakap sokong tetapi telah / sedang dilakukan. Biarpun TN50 mungkin fokus kepada golongan muda atau bakal pelapis yang mewarisi negara tetapi generasi terdahulu tidak diabaikan terus. Sudah tentu generasi terdahulu atau veteran ini mempunyai pengalaman yang begitu luas dan bagus untuk dicontohi.
Apa yang penting ialah rakyat boleh mengenal pasti orang-orang yang benar-benar berkhidmat kepada mereka, dan bahawa mereka tidak hanya tin kosong.
Suara Lensa pernah menyiarkan beberapa artikel berkaitan TN50 ini antaranya :
#TN50 : Tiada lagi DIKTATOR
TN50 untuk generasi akan datang. Kita semakin tua...
No comments:
Post a Comment