Anggota pentadbiran serta penjawat awam diseru supaya mengoptimumkan perbelanjaan dan bukan mengenakan pendekatan jimat cermat dalam pentadbiran bagi tahun 2016 ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu penjawat awam menggunakan daya fikiran yang kreatif dan inovasi untuk meningkatkan produktiviti.
"Dua perkara ini adalah tumpuan utama dalam pentadbiran kerajaan pada tahun ini bagi menangani faktor luaran yang tidak terkawal.
"Mengoptimumkan perbelanjaan tidak bermaksud sebagai langkah 'austerity' (jimat cermat) potong sana potong sini, tetapi kita melihat bagaimana setiap ringgit yang akan dibelanjakan boleh mendatangkan hasil dan kesan yang paling besar.
"Selain itu, kita boleh tambah lagi usaha kita bukan bermaksud kerja keras sahaja, tetapi menggunakan minda kita berfikir secara kreatif dan inovatif untuk meningkatkan produktiviti. Saya selalu tekankan 'give me solution' (beri saya penyelesaian)."
Kata Najib dalam amanatnya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang pertama bagi 2016, di sini hari ini.
Semoga semua anggota pentadbiran serta penjawat awam mendengar dan melaksanakan amanat ini!!!
No comments:
Post a Comment